Kes Kru Ditembak Maut Dalam Set, Rakaman Soal Siasat Dedah Punca Sebenar Kemalangan

Sewaktu penggambaran filem Rust pada 21 Oktober 2021, pelakon dan penerbit Alec Baldwin menarik picu pistol yang disangkanya kosong dan telah mengakibatkan pengarah sinematografi meninggal dunia dan mencederakan pengarah filem tersebut.

Semenjak semalam, terdapat beberapa rakaman telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa antaranya adalah sesi soal siasat di Balai Polis Santa Fe.

Video lain yang telah dikeluarkan adalah rakaman sewaktu Baldwin sedang berlatih untuk sebuah babak bagi filem tersebut. Ia boleh dilihat yang dia menggunakan pistol yang sama. Namun pada waktu tersebut, Baldwin menyangka bahawa tiada peluru dalam pistol itu.

Menurut Baldwin dalam sesi soal siasat itu, ahli kru yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan senjata tidak berada di set sewaktu insiden tersebut berlaku.

Hal ini demikian kerana tiada perancangan pun untuk merakam babak yang melibatkan senjata pada hari kejadian itu. Pengarah filem ini iaitu Joel Souza membuat keputusan secara spontan untuk merakam babak tersebut.

Tambahan pula, pistol yang digunakan adalah pistol yang sama sewaktu pelakon berlatih menembak secara betul-betul. Latihan menembak dengan peluru betul ini adalah untuk membiasakan pelakon dengan cara menggunakan senjata itu.

Mengikut perbincangan dari sebuah forum di Reddit, perkara seperti insiden ini berlaku bukan daripada satu kesilapan besar tetapi daripada gabungan kesilapan kecil yang akhirnya akan menghasilkan sesebuah kemalangan serius.

Hal ini dinamakan sebagai Swiss Cheese iaitu sebuah modal rujukan untuk punca kemalangan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca