Dalam hidup ini terdapat pelbagai jenis misteri dan setiap daripada misteri tersebut pasti akan diikuti dengan spekulasi oleh semua lapisan masyarakat, sama ada yang baik atau buruk. Namun, banyak misteri yang tidak terungkai walaupun pelbagai teori dikemukakan dan pelbagai pencarian dilancarkan.
Salah satu daripada misteri tersebut termasuklah misteri kehilangan pesawat. Jadi, kami kongsikan 5 kehilangan pesawat penuh misteri dalam sejarah. Antaranya adalah:
1. Pesawat Boeing 727-223 American Airlines
Pesawat Boeing 727-223 dengan nombor pendaftaran N844AA itu dilaporkan hilang di ruang udara Luanda iaitu ibu kota negara Angola. Pesawat itu berlepas dari lapangan terbang Quatro de Fevereiro pada 25 Mei 2003 dan menghala ke Burkina Faso.
Terdapat laporan bercanggah mengenai jumlah individu yang menaiki pesawat itu namun jurutera penerbangan, Ben Charles Padilla dipercayai salah seorang daripadanya.
Pesawat itu dikatakan berlepas dengan lampu yang tidak menyala serta transponder yang tidak berfungsi. Boeing 727-223 tidak pernah dijumpai dan tiada sebarang maklumat mengenai lokasinya sehingga kini.
2. Helios Airways Flight 522
Pada tahun 2005, anak-anak kapal Helios Airways Flight 522 dikatakan telah mengabaikan semua transmisi radio walaupun telah menyimpang sedikit dari haluannya iaitu dari Cyprus ke Greece.
Selepas 19 percubaan untuk menghubungi pesawat gagal, dua jet F-16 berlepas untuk memeriksa keadaan. Setelah tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati pembantu juruterbang tidak menunjukkan sebarang reaksi. Topeng oksigen juga dilihat tergantung dari siling.
Di samping itu, 117 penumpang dan krew kapal dilaporkan sesak nafas beberapa jam selepas pesawat berlepas. Sistem autopilot terus menerbangkan Helios Airways Flight 522 sebelum terhempas di lereng bukit di Greece. Ia telah mencatatkan nahas penerbangan paling teruk dalam sejarah Greek.
3. Air France Flight 447
Pesawat Air France Flight 447 berlepas dari Rio de Janeiro menghala ke Paris pada 31 Mei 2009. Hilang hubungan dengan menara kawalan sekitar 6 jam kemudian.
Bangkai pesawat hanya ditemui selepas dua tahun bersama-sama perakam data dan sebahagian besar adalah mayat mangsa. Kesemua 228 krew kapal dan penumpang dilaporkan terkorban.
Pihak berkuasa Perancis beranggapan pembekuan ais mengganggu pelarasan kelajuan kapal terbang lantas menyebabkan sistem autopilot terputus hubungan.
4. Pesawat MH370 Malaysia Airlines
Peristiwa menyayat hati ini masih berlegar di minda rakyat Malaysia sehingga kini. Pesawat yang dijadualkan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu telah lesap tanpa sebarang petanda pada 8 Mac 2014 ketika berada di ruang udara Laut China Selatan.
Pesawat Boeing 777-200ER yang dikendalikan oleh Malaysia Airlines itu dikatakan hilang membuat panggilan terakhir ke pusat kawalan trafik pada pukul 1.19 pagi, kurang 30 minit selepas ia berlepas.
Pencarian demi pencarian telah dilakukan melibatkan kawasan perairan Laut China Selatan dan Selat Melaka namun sehingga kini usaha tersebut gagal membuahkan hasil. Pencarian itu dianggap sebaga pencarian terbesar di lautan dalam sejarah.
Pakar-pakar mengatakan ia adalah sesuatu yang mustahil bagi pesawat sebesar itu untuk hilang tanpa sebarang kesan. Pencarian dihentikan selama 34 bulan atas persetujuan Malaysia, Australia dan China di kawasan seluar 120,000 kilometer persegi di Lautan Hindi. Sehingga kini, masih tiada berita sahih mengenai pesawat ini.
5. Pesawat Lion Air JT 610
Dunia penerbangan Indonesia kembali berduka di tahun 2018 apabila pesawat Lion Air JT 610 terjatuh di perairan Karawang, Jawa Barat pada 29 Oktober 2018. Pesawat dalam perjalanan Jakarta ke Pangkal Pinang itu membawa penumpang seramai 189 orang.
Setelah 2 minit di udara, pilot menghubungi Jakarta control dan menyampaikan masalah flight control di ketinggian 1,700 kaki. Pilot meminta naik ke ketinggian 5,000 kaki. Jakarta control mengizinkannya pesawat untuk naik ke 5,000 kaki.
Pilot pesawat tiba-tiba meminta Air Traffic Control (ATC) kembali ke Bandara Soetta untuk return to base. Setelah itu, pesawat dipercayai terputus hubungan dan catatan terakhir sebelum hilang hubungan pesawat tersebut berada di ketinggian 2,500 kaki.
Proses pencarian korban dilakukan sejak 29 Oktober hingga akhirnya dihentikan pada 23 November 2018. Selama 24 hari tempoh pencarian, hanya 125 jasad korban yang dijumpai, 64 korban lagi tidak ditemukan jasadnya.
Kesemua kes kehilangan pesawat tersebut telah menjadi sejarah hitam terutamanya kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban.