Kes Kebakaran Pada Hari Krismas, Pejabat Labuan Shipyard Musnah

Pejabat Labuan Shipyard

Bangunan pejabat Labuan Shipyard Engineering Sdn Bhd (LSE) musnah dalam kebakaran pada hari Krismas.

Bangunan itu sudah berusia empat dekad, dibina dengan kayu pada tahun 1974.

Pejabat tersebut menempatkan beberapa jabatan termasuk jabatan kewangan dan pentadbiran serta pejabat ketua pegawai eksekutif (CEO).

Memetik laporan Bernama, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan iaitu Ismaidi Ismail memberitahu bahawa kebakaran dilaporkan bermula kira-kira 7 malam.

“Kami menerima panggilan kecemasan kebakaran itu pada 7.33 malam dan anggota kami dengan tiga jentera dari ibu pejabat kami di Balai Bomba Rancha-Rancha bergegas ke tempat kejadian dan mendapati pejabat itu sudah terbakar,” katanya.

Anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran lebih kurang kira-kira satu jam 15 minit dan dilaporkan tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku dalam kejadian itu.

“Kebakaran itu merosakkan hampir 100 peratus struktur kayu, di mana fail, komputer dan peralatan pejabat musnah,” jelasnya.

Menurut seorang pekerja yang melihat asap keluar dari pejabat, kejadian itu tidak dijangka kerana tiada kakitangan bekerja di pejabat sebelum kejadian.

“Tiada apa yang boleh kami lakukan kerana kebakaran bermula dari dalam pejabat dan kebakaran memusnahkan jabatan kewangan dan pejabat CEO,” kata pekerja itu.

Susulan kejadian ini, punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca