Kes Judi Sungai Buloh, 4 Penguat Kuasa MBSA Direman 7 Hari

Empat penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) direman selama tujuh hari bermula hari ini kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh.

Turut direman tujuh hari adalah seorang peniaga rokok seludup berbangsa Aceh kerana disyaki membayar wang rasuah RM300 sebulan kepada penguat kuasa. 

Perintah tahanan reman ini dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Memetik laporan Astro Awani, kelima-lima individu berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 direman mulai hari ini sehingga Selasa (18 Ogos). Terdahulu, mereka tiba di mahkamah sekitar jam 8.40 pagi dengan berbaju lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari.

Sumber: The Malaysian Insider

Semalam, keempat-empat penguat kuasa MBSA di mana tiga daripadanya bertugas di cawangan Sungai Buloh dan seorang lagi di Shah Alam telah ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya selepas hadir bagi memberi keterangan. Penahanan itu dibuat SPRM kerana mereka disyaki menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan kegiatan perniagaan tanpa lesen.

Difahamkan, pegawai-pegawai berkenaan disyaki menerima rasuah antara RM300 dan RM3,500 secara bulanan bagi melindungi premis perniagaan haram di sekitar daerah itu. 

Sumber: Harian Metro

Baru-baru ini, tular dua klip video yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi di akaun peribadi Mohd Asri Hamid atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut di mana dia mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi selain turut mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.

Susulan pendedahan itu, SPRM tampil melakukan siasatan terhadap dakwaan berkenaan dan mendapat kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan kes judi Sungai Buloh ini, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca