Kes Jangkitan Denggi Menerusi Hubungan Seks Pertama Di Dunia Melibatkan Pasangan Gay

Seluruh dunia dikejutkan dengan berita kes jangkitan denggi menerusi hubungan seks yang belum pernah berlaku sebelum ini. Perkara ini disahkan sendiri oleh pihak berkuasa kesihatan Sepanyol.

Menurut laporan media tempatan, seorang lelaki berusia 41 tahun dari Madrid telah dijangkiti denggi selepas dia melakukan hubungan seks dengan pasangannya yang dijangkiti virus tersebut sewaktu dia melancong ke Cuba.

Jurucakap jabatan kesihatan wilayah Madrid iaitu Susana Jiminez mengatakan bahawa para doktor sangat bingung dengan jangkitan tersebut yang disahkan berlaku pada bulan September lepas memandangkan lelaki itu tidak pernah berkunjung ke negara yang sering dilanda penyakit berkenaan.

Perkara itu hanya diketahui selepas doktor melakukan pemeriksaan terhadap pasangannya yang juga merupakan seorang lelaki.

“Pasangannya menunjukkan simptom penyakit itu kira-kira 10 hari yang lalu dan beliau didapati dijangkiti virus berkenaan ketika berada di Cuba dan Republik Dominica,” kata Jiminez.

“Menurut analisis, sperma mereka membawa virus itu dan mendedahkan mereka bukan hanya dijangkiti denggi tetapi turut mempunyai virus yang dipercayai menular di Cuba,” ujarnya lagi.

Menurut pihak Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Kesatuan Eropah (ECDC) yang berpangkalan di Stockholm, kes ini merupakan kes pemindahan virus denggi pertama menerusi hubungan seks dalam kalangan pasangan sejenis.

Terdahulu, kes yang sama dilaporkan berlaku di Korea Selatan melibatkan pasangan lelaki dan wanita yang turut dijangkiti virus denggi selepas mengadakan hubungan seks. Namun begitu, kes itu tidak disahkan mana-mana pihak.

Denggi sangat mudah untuk dijangkiti oleh pelancong yang mengunjungi negara bercuaca panas termasuklah Asia Tenggara, Afrika, Australia, Caribbean, Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca