Kes Jangkitan COVID-19 Kembali Di Wuhan

Setelah sebulan berjaya membendung penularan wabak COVID-19, China telah melaporkan kluster baharu jangkitan di pusat pandemik Wuhan, dengan beberapa bandar di bahagian Timur Laut dikenakan perintah berkurung.

Sejumlah lima kes baharu dilaporkan dengan kes pertama dikesan sejak 3 April lalu.

Menurut pihak berkuasa, kluster kecil kes baharu itu melibatkan penduduk dari kawasan kejiranan yang sama dan kebanyakannya membabitkan orang tua.

Kes berkenaan menambah kebimbangan bahawa China mungkin menghadapi gelombang jangkitan baharu, lebih-lebih lagi sekatan terus dilonggarkan di beberapa bahagian lain di negara itu.

Sebelum ini, jangkitan kes pertama yang melanda Wuhan dan sekitar wilayah Hubei muncul pada akhir tahun lalu dan telah mengorbankan ribuan orang dan ramai yang jatuh sakit.

Pihak berkuasa di Wuhan kemudiannya mengenakan sekatan perjalanan dan pergerakan, di mana langkah itu dilihat telah berjaya membendung wabak berkenaan.

Perintah berkurung dilonggarkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini kerana para pegawai yang bertanggungjawab berkata wabak pandemik itu telah berjaya dikawal. Perjalanan keluar masuk bandar juga kemudiannya turut dibenarkan.

Walau bagaimanapun sejak tiga hari lalu, pihak berkuasa mengakui hanya seorang yang telah disahkan positif jangkitan COVID-19 di Wuhan, diikuti dengan lima lagi sejak semalam.

Untuk rekod, kes jangkitan COVID-19 di China menunjukkan tanda bergejala dan tidak bergejala.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar tetap mematuhi perintah kerajaan dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca