Kes Jangkitan COVID-19 Di Amerika Syarikat Kini Cecah 1 Juta

Umum sudah tahu, Amerika Syarikat (AS) sedang berada di tempat pertama negara yang paling banyak kes positif COVID-19 dan angka korban yang tinggi.

Menurut laporan Universiti John Hopkins, setakat Isnin lalu kes kumulatif COVID-19 di negara itu telah melepasi paras satu juta.

Selain itu, lebih 55,000 kes angka korban telah dicatatkan akibat jangkitan COVID-19 ini semenjak kes pertama dilaporkan di Washington pada Januari lalu.

Difahamkan, New York merupakan negeri yang mencatatkan kes korban tertinggi dengan lebih 17,515 dan keseluruhan kes positif berjumlah 292,027.

Susulan peningkatan kes yang dicatatkan, Gabenor Louisiana, John Bel Edwards mengambil keputusan untuk menangguhkan pelonggaran sekatan di bandar itu sehingga 15 Mei.

Manakala Gabenor Texas, Greg Abbott pula berkata restoran, perpustakaan dan muzium akan dibuka seawal Jumaat ini dengan bilangan pelanggan dan pengunjung yang dihadkan.

Antara negeri-negeri lain yang sudah kembali dibuka untuk aktiviti harian ialah Georgia, Hawaii, Alaska dan Michigan.

Setakat artikel ini ditulis, AS mendahului dengan 1,010,507 kes positif COVID-19 dan 56, 803 angka korban. Manakala Spain berada di tangga kedua dengan 229,422 kes dan 23, 521 angka korban.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca