Kes Bunuh Zulfarhan, Suspek Bebas Berhasrat Mahu Sambung Pengajian Yang Tertangguh

Satu-satunya suspek yang bebas mutlak daripada pertuduhan kes kematian Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain menyatakan hasrat untuk menyambung pengajian yang terpaksa ditangguhkan selama perbicaraan kes ini berlangsung.

Muhammad Akmal Akif Alias yang berusia 23 tahun dibebaskan daripada pertuduhan mencederakan arwah Zulfarhan Osman.

“Saya bersyukur dibebaskan. Saya nak sambung pengajian yang sebelum ini tertangguh,” katanya.

Dalam pada itu, sewaktu ditanya sama ada dia sudah bertemu dengan bapa Zulfarhan, Muhammad Akmal memberitahu yang dia belum berkesempatan untuk berbuat demikian.

Pada masa yang sama, Muhammad Akmal ditemani oleh ibunya tidak mampu menahan sebak lantas memeluk ibunya sambil menangis. Ibunya turut menyatakan bahawa anaknya itu teraniaya.

Kesemua 18 orang penuntut UPNM yang terlibat dalam kematian Allahyarham Zulfarhan Osman diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membela diri.

Menurut laporan Astro Awani, keputusan berkenaan dibuat Hakim Datuk Azman Abdullah setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca