Kes Bunuh Altantuya: Najib Juga Mahu Polis Buka Semula Siasatan

“Anak guam saya (Datuk Seri Najib Abdul Razak) mahu mereka (pihak polis) menjalankan siasatan semula kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu,” demikianlah kata-kata yang keluar daripada mulut peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selepas seluruh dunia digemparkan dengan akuan bersumpah (SD) Azilah Hadri.

Menurut Shafee, Ahli Parlimen Pekan itu berharap agar pihak polis membuka semula siasatan selepas bekas polis elit itu tampil membuat satu dakwaan mengejutkan dari Penjara Kajang di mana dia mendakwa bahawa arahan membunuh model berkenaan sebenarnya datang daripada Najib dan rakan karibnya, Abdul Razak Baginda.

Pada masa yang sama, Shafee turut mendakwa Azilah yang kini sedang menghitung hari penghabisan riwayatnya ke tali gantung telah dipergunakan pihak lain sebagai salah satu jalan untuk memenjarakan Najib.

“Kami nak tahu siapa yang meletakkan Azilah dalam sumpah bohong dan siapa di belakang perakuan sumpah bohong ini,” kata Shafee.

“Kita percaya, Azilah tidak bertindak sendirian malah memahami keadaan yang dihadapi oleh bekas pegawai polis berpangkat cif inspektor itu sebagai terdesak,” katanya lagi.

Shafee berkata demikian semasa sidang akhbar yang mengambil tempat di Istana Kehakiman di Putrajaya pada Selasa bagi mengemukakan permohonan menjadi pencelah dalam usaha Azilah menyemak semula sabitan Mahkamah Persekutuan terhadap tuduhan ke atasnya pada 2015.

Semalam, Mahkamah Persekutuan telah menetapkan tanggal 20 April hadapan bagi Azilah untuk membuat semakan terhadap keputusan mensabitkan beliau atas kesalahan membunuh Altantuya.

Baca kes pembunuhan lain yang berkaitan daripada kami:

Bunuh Isteri Kerana Mimpi Diserang Burung Unta, Ini 5 Kisah Pembunuhan Yang Dilakukan Semasa Berjalan Dalam Tidur

Mangsa Dirogol Dan Dikorek Biji Mata, Ini Kisah Pembunuhan Kejam ‘The Night Stalker’ Richard Ramirez

Selepas Bantu Polis Untuk Tangkap Suspek Pembunuhan, Polis Palsu Ini Pula Diberkas

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca