Lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap Azilah Hadri yang disabitkan bersalah atas pembunuhan seorang wanita Mongolia iaitu Altantuya Shaariibuu, bekas polis elit itu tampil membuat satu dakwaan mengejutkan dari Penjara Kajang.
Akuan bersumpah Azilah telah menggemparkan seluruh dunia apabila dia menyatakan bahawa arahan membunuh Altantuya sebenarnya datang daripada bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Abdul Razak dan rakan karibnya, Abdul Razak Baginda.
Terkini, Ahli Parlimen Pekan itu memuat naik satu kenyataan di laman sosial Facebook di mana beliau berhasrat untuk melakukan sumpah laknat bagi menafikan dakwaan yang terkandung dalam akuan bersumpah dikeluarkan Azilah itu.
Menurut Najib, sumpah laknat itu akan dibuat di Masjid Jamek Kampung Baru di ibu negara sejurus selepas Solat Jumaat minggu ini.
Untuk baca artikel yang berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah: