Kes Bunuh Altantuya: Mahkamah Tetapkan 20 April Depan Untuk Semakan Semula Sabitan Hukuman Mati Azilah

Lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap Azilah Hadri yang disabitkan bersalah atas pembunuhan seorang wanita berwarganegara Mongolia iaitu Altantuya Shaariibuu, bekas polis elit itu tampil membuat satu dakwaan mengejutkan dari Penjara Kajang.

Akuan bersumpah Azilah telah menggemparkan seluruh dunia apabila dia menyatakan bahawa arahan membunuh Altantuya sebenarnya datang daripada bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Abdul Razak dan rakan karibnya, Abdul Razak Baginda.

Terkini, Mahkamah Persekutuan telah menetapkan tanggal 20 April hadapan bagi Azilah untuk membuat semakan terhadap keputusan mensabitkan beliau atas kesalahan membunuh Altantuya.

Dalam pada itu, Peguam Datuk Seri Najib Razak iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyatakan bahawa permohonan semakan kes bunuh Altantuya Shaariibuu merupakan tindakan terdesak Azilah yang kini sedang menghitung hari penghabisan riwayatnya ke tali gantung.

Pada masa yang sama, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa motif utama permohonan itu adalah untuk memenjarakan anak guamnya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca