Kes Buli Di MRSM, 6 Pelajar Ini Digantung Sekolah Serta-Merta

Susulan video buli berlaku di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) menjadi bualan ramai di media sosial, enam orang pelajar yang dikenal pasti terlibat dalam rakaman berkenaan digantung persekolahan dengan serta-merta selama dua minggu.

Memetik laporan Harian Metro, Menteri Pembangunan Luar Bandar iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) turut mencadangkan semua pelajar terlibat ditamatkan pengajian mereka di institusi berkenaan.

Mahdzir berkata, “Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) MRSM sudah memanggil 10 pelajar yang terlibat dengan insiden berkenaan. Dalam laporan yang disediakan, enam pelajar terlibat memukul mangsa.

Empat pelajar yang berada di lokasi kejadian didapati bersubahat dan membuat provokasi. Pelajar-pelajar ini berada di tingkatan satu hingga tingkatan tiga.”

Sumber: The Vocket

Dalam pada itu, Mahdzir berkata pihak MARA mengambil serius kejadian buli membabitkan pelajar di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan tindakan sewajarnya akan diambil.

Mahdzir turut menjelaskan pihaknya tidak akan mencampuri urusan siasatan dan menyerahkan soal siasatan kepada pihak polis. “Malang bagi MRSM yang mempunyai pelajar-pelajar pandai, dipanggil temu duga sebagai saringan, kualiti pendidikan, kokurikulum dan jati diri mereka diambil kira untuk kemasukan ke MRSM tetapi masih juga berlaku lagi kejadian seumpama itu.

Saya rasa amat kecewa kerana mereka tidak sepatutnya terdedah dengan perbuatan tersebut,” tambahnya.

Mahdzir turut memuat naik hantaran di laman Facebook dengan berkata, “JDM telah mengambil tindakan menggantung serta-merta selama dua minggu ke atas enam pelajar terbabit. JDM turut mencadangkan pelajar terbabit ditamatkan pengajian mereka di institusi di bawah KPLB itu.”

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca