Kerja Lewat Malam Risiko Serangan Jantung

Kerja lewat malam kebiasaannya ditakrifkan sebagai syif malam di mana orang bekerja sepenuhnya pada waktu malam. Kerja syif melibatkan semua jenis pekerjaan yang jadualnya ditetapkan di luar pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Terdapat pelbagai kajian yang dijalankan dan kesemua kajian tersebut menyimpulkan bahawa kerja syif malam mempunyai kesan buruk terhadap kehidupan manusia.

Mari kita pelajari dengan lebih lanjut apakah kesan kerja syif malam ke atas kesihatan manusia.

1. Mengubah Gaya Hidup

Pekerja yang bekerja sepenuhnya pada waktu malam lebih cenderung untuk mengalami gangguan tidur, kehilangan tidur atau kemurungan kerana mereka tidak dapat bersama dengan keluarga dan rakan mereka.

Ia akan membawa kepada rasa terasing dan seterusnya menimbulkan keinginan untuk makan makanan ringan dan mengurangkan keinginan untuk mereka bersenam.

2. Mengubah biologi

Tidur dan berjaga pada waktu yang ganjil boleh menganggu jam biologi kita yang secara saintifik yang dipanggil ritma sirkadian. Ritma sirkadian berfungsi bersama-sama dengan cahaya matahari semula jadi, kegelapan dan keheningan.

Setelah terganggu, ia akan merosakkan keseluruhan sistem badan anda termasuk metabolisme, pencernaan, keseimbangan hormon, sistem kardiovaskular dan sistem imun. Secara asasnya, ia meninggalkan kesan yang serius dan rumit.

3. Membawa kesan jangka pendek

Percaya atau tidak, kebanyakan orang pernah mengalami pengalaman bekerja syif malam sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Ini sama ada anda perlu mengambil peperiksaan yang sangat penting, ujian kemasukan dan perjalanan ke luar negara.

Tidak kiralah apa tujuannya, berjaga malam boleh menyebabkan kes yang sama. Keletihan adalah tanda yang paling jelas.

Selain itu, sesetengah orang juga mungkin mengalami loya, cirit-birit, insomnia, merasa tidak selesa dan manakala sesetengahnya lebih cenderung untuk mengalami kecederaan.

4. Membawa kesan jangka panjang

Banyak kajian telah dilakukan dan hasilnya mendapati terdapat hubungan antara kerja syif dan peningkatan peluang untuk mendapat penyakit kronik.

Satu kajian menunjukkan bahawa seseorang bekerja syif selama lebih daripada 15 tahun mempunyai 40 peratus lebih risiko untuk mengalami strok jantung.

Pekerja syif malam juga mempunyai 50 peratus peluang yang lebih tinggi untuk mendapat diabetes.

Lebih daripada itu, peluang mendapat penyakit metabolik lain seperti tekanan darah tinggi, gula dalam darah tinggi, obesiti dan kolestrol tinggi adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding dengan pekerja yang bekerja pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai jantung, sila klik pada pautan di bawah :

Artikel Lain Untuk Di Baca