Kereta Terbakar Selepas Langgar Lembu, 5 Sekeluarga Ini Nyaris Maut

Lima sekeluarga nyaris maut apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas terbabas akibat terlanggar seekor lembu di kilometer 46.1 Jalan Kulim-Baling-Gerik dekat Baling malam tadi.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Syed Basri Syed Ali berkata kejadian bermula kira-kira 8.15 malam apabila sebuah kereta jenis Honda BRV yang dipandu lelaki berusia 35 tahun dari arah Gerik, Perak menghala ke Kulim telah melanggar dua ekor lembu yang sedang melintas jalan.

“Sebuah lagi kereta jenis Proton Persona yang turut berada di situ telah terlanggar lembu berkenaan sebelum terbabas hingga menyebabkan kenderaan yang dinaiki seorang ibu dan empat anaknya terbakar di bahu jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, kesemua mangsa yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.24 malam.

”Kesemua mangsa yang berusia tiga hingga 40 tahun itu berjaya diselamatkan pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu dan kebakaran pula berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba sukarela yang bergegas ke lokasi,” katanya.

Tambahnya, kenderaan tersebut musnah hampir keseluruhannya.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan kemalangan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca