Kami di Lejen Press tergamam seketika apabila menerima berita tentang satu nahas jalan raya yang telah menimpa keluarga Resmanshah iaitu penulis bersama Lelaki Dan Sebilah Pisau.

Nahas jalan raya itu telah meragut nyawa dua anak perempuan Resmanshah apabila kereta yang dinaiki mereka tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam gaung. Insiden menyayat hati ini berlaku di Kilometer 56 Jalan Kalabakan-Sapulut dekat Tawau.

Kami difahamkan bahawa kenderaan yang datang dari arah Tawau ke Labuan itu terbabas ke bahu jalan sebelum terjatuh ke dalam gaung. Akibatnya, Nur Halisa Sufiyya, 7 tahun dan Nur Syaakur Safiyyah, 5 tahun yang ketika itu duduk di kerusi belakang tercampak keluar dari kenderaan itu dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Seluruh keluarga Lejen Press mengucapkan salam takziah buat Resmanshah dan keluarga. Semoga kalian kuat menghadapi ujian Allah ini. Sesungguhnya, Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan mereka. Al-Fatihah.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry