Kereta Mewah Pemain Bola Sepak Itali Ini Ranap Di Tangan Pekerja ‘Car Wash’

Pada Isnin lalu, pemain kebangsaan Itali iaitu Federico Marchetti telah membawa kereta Ferrari 812 Superfast miliknya ke sebuah pusat mencuci kereta sebelum dia menuju ke pusat latihan Genoa iaitu Centro Sportivo Gianluca Signorini untuk latihan bola sepak.

Walau bagaimanapun, apa yang berlaku selepas itu meninggalkan luka yang mendalam pada hati penjaga gol Genoa berkenaan. Mana tidaknya, salah seorang pekerja pusat mencuci kereta berkenaan telah memandu Ferrari 812 Superfast tersebut selepas ia siap dibersihkan.

Pekerja tersebut mahu memulangkan kereta Federico jadi dia pun menuju ke pusat sukan kelab Serie A berkenaan. Namun, tuah nampaknya tidak menyebelahi dirinya pada hari tersebut kerana dia tidak dapat mengendalikan kereta tersebut dengan baik semasa dalam perjalanan ke sana.

Sumber: Twitter @bestgug

Atas sebab itu, pekerja berkenaan hilang kawalan dan merempuh lima buah kenderaan yang diletakkan pada kawasan berhampiran. Federico bagaimanapun tidak menunjukkan reaksi marah atas kemalangan berkenaan tetapi simpati dengan apa yang berlaku.

“Saya memohon maaf atas apa yang berlaku. Saya bersyukur tidak ada yang tercedera dalam kemalangan berkenaan dan ini adalah berita yang paling penting sekali.

Biarkan sahaja ia berlalu, saya berharap kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Saya rasa ada perkara lain yang lebih penting di dalam hidup ini,” ujar Federico menerusi sebuah hantaran di laman Instagram. Apa pendapat anda berkenaan isu ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan kenderaan mewah, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca