Kereta Ini Ditampal Puluhan Tuala Wanita Kerana Minuman Bubble Tea

Seorang pemandu kereta yang berjenama Maserati menerima padah apabila meletakkan kereta mewah tersebut di tempat yang menghalang lalu lintas di Hanoi, Vietnam.

Menurut laporan China Press, kemarahan penduduk di situ bertambah apabila pemilik kereta mewah itu dipercayai adalah milik salah seorang pelanggan yang singgah di kedai bubble tea atau ‘boba’ di kawasan berkenaan.

Susulan insiden itu, salah seorang daripada pengguna jalan raya di situ berasa berang dan bertindak melekatkan puluhan tuala wanita di seluruh kereta Manserati Levante yang berwarna merah itu sebagai pengajaran kepada pemandu tersebut.

Sebaik sahaja pemilik kereta itu kembali ke keretanya, dia cuba mencabut tuala wanita tersebut namun gagal dan terus memandu beredar dari kawasan berkenaan.

Menurut penduduk, lalu lintas di situ telah bertambah teruk disebabkan oleh populariti kedai bubble tea yang baru dibuka di kawasan tersebut.

Minuman buble tea semestinya manis untuk anda tetapi janganlah membuat orang di sekeliling anda berasa ‘pahit’ dengan tabiat tidak bertanggungjawab anda.

Artikel Lain Untuk Di Baca