Seorang pemandu yang terlibat dalam kemalangan gara-gara kereta yang dipandunya hilang kawalan memberitahu pihak polis bahawa punca insiden itu adalah kerana dia diserang oleh mahkluk laut secara tiba-tiba.

Dalam kejadian yang berlaku di Devon, England itu, Robber Shapley berada dalam keadaan khayal ketika ditahan polis. Pada masa yang sama, dia merungut bahawa terdapat sotong kurita dan juga mahkluk laut lain di jalan raya sehingga menyebabkan kenderaan yang dipandunya tidak terkawal.

“Berlaku keadaan tidak terkawal untuk seketika. Saya cuba melarikan diri daripada seekor sotong kurita dan keadaan cukup buruk di luar sana untuk mengelakkan daripada ikan bilis,” beritahu Shapley kepada pihak polis.

Menurut pihak polis, tiada sebarang bukti yang menunjukkan sotong kurita berada di laluan kemalangan itu berlaku.

Selepas insiden itu, rata-rata warganet menjadikan papan tanda sotong kurita sebagai gurauan di mana mungkin ‘makhluk laut’ ini yang dimaksudkan oleh lelaki itu.

Berdasarkan pendengaran di mahkamah, Shapley didapati berada di bawah pengaruh dadah termasuklah morfin, ganja dan heroin. Tidak hairanlah kenapa dia boleh berimaginasi sedemikian.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
Sumber:

mStar, Daily Star

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry