Tular baru-baru ini satu rakaman di Tiktok memaparkan usaha seorang lelaki di New York sewaktu ingin membawa keluar kereta miliknya dari kotak tempat letak kenderaan yang begitu sempit.
Dikhabarkan, beberapa individu lalu di kawasan berkenaan sempat berhenti untuk menyaksikan situasi yang boleh disifatkan agak mustahil.
Dalam masa yang sama, lelaki berkenaan kekal tenang dan perlahan-lahan menggunakan kemahiran terbaiknya untuk mengeluarkan kereta itu.
Misi mengeluarkan kereta tersebut berjaya pada akhirnya, meskipun kenderaan di hadapan serta belakang dalam kedudukan yang sangat rapat dan jaraknya hanya tinggal seinci.
@md4zrul.co Profesional punya ni #fypシ #viral #fypdongggggggg #amazing
♬ bunyi asal – AZRULAEX 💥 – AZRULAEX 💥
Menjengah ke ruangan komen rakaman tersebut, rata-rata netizen cukup kagum dengan kepakaran lelaki berkenaan.
Ramai turut mengaku tidak berani melakukannya jika berada di situasi sama, kerana mereka percaya ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.





Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: