Kerap Terdengar Bunyi Seakan ‘Cakaran’, Lelaki Ini Terkejut Dapati Lipas Bersembunyi Di Dalam Telinga

Seorang lelaki yang mengalami kesakitan di bahagian dalam telinga terkejut apabila mengetahui bahawa lipas telah ‘bersarang’ di dalam telinganya.

Lelaki itu telah mengadu bahawa terdengar satu bunyi pelik semasa sedang tidur, sebelum mendapati serangga itu tersembunyi di dalamnya.

Menurut laporan Daily Star, bunyi yang didengari lelaki itu adalah seakan-akan bunyi cakaran.

Sumber: Daily Star

Ia telah dikeluarkan dari saluran telinganya setelah dia pergi ke hospital kerana mengadu sakit dan gatal.

Hospital Xiangzhou People di Zhuhai berkata kes sebegitu bukanlah yang terpencil dan mereka telah merawat tiga pesakit dalam tempoh tidak kurang tujuh jam.

Pakar telinga, hidung dan tekak, Yi Changlong mengatakan lelaki itu tiba pada pagi 24 Jun dengan mengatakan bahawa dia merasa gatal dan sakit di telinganya disertai dengan bunyi seakan ‘cakaran’ yang berterusan.

Serangga itu telah pun dihapuskan dengan titisan telinga anaesthetic dan dikeluarkan dengan sepasang tweezers.

Pakar keselamatan juga menasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang serangga dengan menggunakan cotton buds atau sebarang alat yang boleh menggerakkan atau membunuh serangga tersebut.

Untuk membaca lebih banyak artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca