Kerap Tayang Hidup Mewah, ‘Influencer’ Ini Ditahan Kerana Disyaki Terlibat Sindiket Dadah

Seorang influencer yang sering menayangkan kehidupan mewahnya di Instagram dilaporkan telah ditahan bersama suaminya kerana pasangan itu disyaki terlibat dalam sindiket dadah berprofil tinggi.

Memetik laporan Daily Star, pihak polis menahan Zuzana Plackova bersama 14 individu lain ketika melakukan serbuan di sebuah pangsapuri yang terletak di Bratislava, Slovakia.

Sumber: Instagram @queen.plackova

Pihak polis mendedahkan bahawa jumlah rampasan membabitkan dadah jenis methamphetamine (syabu), senjata, peluru, rokok dan wang tunai dianggarkan bernilai 70,000 Euro (RM338,089).

Zuzana dan suaminya Rene Strausz bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa dadah, senjata dan wang yang ditemui pihak polis adalah milik mereka.

Walaupun polis telah menamakan Zuzana dan Rene sebagai sebahagian daripada kumpulan penjenayah yang terlibat dalam mengimport dan mengedar dadah, pasangan suami isteri itu menegaskan bahawa mereka tidak terlibat dalam sindiket tersebut.

Sumber: Instagram @queen.plackova

Selain Zuzana dan Rene, 13 lagi suspek yang turut ditahan di dalam serbuan itu disyaki telah memperoleh wang daripada kegiatan haram yang dilakukan oleh sindiket itu di wilayah Trnava, Bratislava dan Trencin sejak 2012.

Penangkapan suspek-suspek itu dipercayai merupakan kemuncak siasatan yang dilakukan oleh pihak polis sejak sekian lama. Ini kerana suspek-suspek itu didakwa telah ‘kantoi’ kerana mereka melakukan kesalahan semasa membuat panggilan telefon yang diintip oleh pihak polis.

Sumber: Instagram @queen.plackova

Wanita berusia 30 tahun yang memiliki lebih 814 ribu pengikut di Instagram itu sering menggunakan media sosial beliau untuk menayangkan gaya hidupnya yang mewah. Gaya hidupnya yang mewah termasuk percutian, jet peribadi, pakaian dan beg tangan berjenama.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca