Kerana Takut, Remaja Ini Bonceng Jasad Kaku Teman Wanita Pulang Ke Rumah Sebelum Tinggalkan Di Garaj

Seorang remaja lelaki sanggup menghantar teman wanitanya yang sudah tidak bernyawa ke rumahnya yang bertempat di FELDA Keratong 5 di Muadzam Shah gara-gara terlampau takut selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan seekor kerbau pada awal pagi Ahad.

Suspek yang berusia 17 tahun itu dikatakan membawa jasad kaku mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala itu sejauh 15 kilometer menggunakan motosikal selepas terbabit dalam kemalangan di hadapan kilang sawit FELDA Keratong 3 sekitar jam 3.30 pagi.

Walau bagaimanapun, jasad mangsa yang juga berusia 17 tahun itu ditemui oleh datuknya kira-kira jam 10 pagi Ahad di kawasan garaj kediaman tersebut. Difahamkan, ia ditemui dalam keadaan terbungkus dengan kain sebelum datuknya menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin iaitu Deputi Superintendan Azari Miskun, hasil siasatan mendapati bahawa suspek bersama mangsa keluar berjalan-jalan menaiki motosikal berwarna biru ketika kejadian tanpa mengendahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Gambar hanya sekadar hiasan.

“Bagaimanapun sampai di tempat kejadian, kenderaan yang dinaiki mangsa bertembung dengan seekor kerbau yang sedang baring di tengah jalan.

“Akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan peha dan tidak sedarkan diri,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tambah Azari, suspek bertindak membawa jasad mangsa dengan menaiki motosikal yang sama menuju ke rumah remaja perempuan itu di FELDA Keratong 5 sebelum meninggalkannya di bawah garaj.

“Suspek tidak memaklumkan kepada keluarga mangsa berkaitan kejadian berkenaan kerana terlalu takut sebelum terus beredar selepas kejadian.

“Polis sudah menahan remaja lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut dan kita turut merampas motosikal Yamaha 135 LC berkenaan.

“Jasad mangsa juga sudah dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi perintah kerajaan untuk duduk di rumah dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca