Kerana Seorang Perempuan, Sekumpulan Lelaki Bergaduh Hingga Mati

Satu pergaduhan antara sekumpulan lelaki dari dua kampung berbeza tercetus gara-gara salah seorang lelaki itu membawa seorang wanita keluar. Kejadian yang berlaku di Kampung Perian, Lundu pada awal pagi semalam bertukar menjadi tragedi berdarah selepas seorang daripada mereka maut manakala seorang lagi cedera.

Polis menerima laporan pada jam 2 pagi dan seramai 12 orang suspek berusia lingkungan 30-an hingga 40-an ditahan untuk tindakan lanjut.

Menurut pihak polis, pertengkaran tersebut berlaku apabila 10 orang lelaki yang tiba menggunakan 3 buah kereta datang ke lokasi kejadian untuk mengambil semula wanita berkenaan. Pertikaman lidah telah berlaku antara kumpulan tersebut dan kumpulan lain di lokasi.

Pergaduhan yang melibatkan senjata tajam dan senjata api itu telah mengorbankan seorang lelaki berusia 30-an di tempat kejadian. Seorang lagi lelaki pula luka di tangan kanan akibat terkena senjata tajam.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk proses bedah siasat.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca