Kerana Sehelai Tisu, Seorang Pelanggan Menyaman McDonald’s Sebanyak RM6.1 Juta

Siapa sahaja yang tidak pernah makan di McDonald’s kan? Restoran makanan segera itu merupakan salah satu rangkaian makanan segera terbesar di dunia. Perniagaan ini dimulakan pada tahun 1948 oleh Maurice dan Richard McDonald di San Bernardino, California. Sehingga tahun 2018, McDonald’s telah membuka 37,855 cawangan di seluruh dunia dan telah mengumpul sejumlah besar peminatnya sendiri.

Tetapi McDonald’s juga telah melalui beberapa kes jenayah dan saman sepanjang operasinya. Berikut adalah 4 kes jenayah dan saman yang pernah dikemukakan oleh McDonald’s sendiri, pelanggan dan syarikat-syarikat besar yang lain terhadap restoran makanan segera itu:

1. Pada bulan Februari 2014, Shaneka Torres telah didapati bersalah kerana telah melepaskan tembakan di salah sebuah restoran pandu lalu McDonald’s hanya kerana restoran itu telah gagal meletakkan bacon di dalam cheeseburger yang telah dipesannya. Torres kini menjalani hukuman penjara 3 hingga ke 7 tahun atas kesalahannya itu.

2. Pada tahun 2014 juga, seorang pelanggan McDonald’s telah menyaman restoran itu sebanyak $1.5 juta (RM6.1 juta) dengan alasan restoran itu telah menyebabkan beliau berasa ‘kesakitan mental yang tidak seharusnya berlaku’ kerana beliau hanya menerima sehelai tisu bersama pesanannya.

3. Pelakon berusia 4 tahun, Sarah Michelle Gellar telah disaman oleh McDonald’s dan dilarang menjejakkan kaki di premis makanan segera itu kerana telah membintangi iklan Burger King yang telah menghentam McDonald’s.

4. Pada tahun 1994 di United Kingdom, dua ahli daripada London Greenpeace group telah disaman oleh McDonald’s kerana telah memfitnah syarikat makanan segera itu penyebab kelaparan kepada penduduk Dunia Ketiga, keracunan makanan, penebangan hutan dan kekejaman terhadap haiwan.

Penulis

  • Farah Shahira Norazman adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca