“Kerana Novel Itu, Saya Pernah Merempat.” – Nami

Temubuah

lini dijalankan oleh pelajar pelatih: Hani dan Mariah.

Loceng kedengaran dari pejabat, menandakan orang yang kami tunggu-tunggu sudahpun sampai. Sepantas kilat kami turun membuka pintu tetapi malangnya tiada orang di depan. Apakah semua ini? Seram pula rasa. Apabila kami menjenguk ke luar, kami hanya ternampak seorang perempuan dan seorang lelaki yang membelakangi kami. Mustahillah lelaki itu orang yang kami cari, dah la rambut blonde. Tapi tak salah cuba nasib kan? Kami cuba panggil, dan cuba teka apa jadi? Ya, lelaki itu memandang ke arah kami. Rupa-rupanya, memang lelaki itulah Nami yang datang dengan fesyen rambut terbarunya yang ala K-pop. Manalah kami nak tahu kan? Haa, itulah kisah kami. Jadi, apa kata kita dengar pula kisah Nami selama bergelar seorang penulis.

Nama pena : Nami Cob Nobbler
Graduan : Pusat Pengajian Seni, Drama & Teater di USM.
Asal : Kluang, Johor
Cita-cita : Penulis novel, skrip dan lagu (semua dah terlaksana!)

1. Minat dalam penulisan ini sejak dari kecil lagi ke?

Aah, suka tulis-tulis masa umur 12 tahun, waktu tu tulis karangan dan cerpen je. Masa tu, nak bagi orang lain tau saya buat cerita, saya fotostat dan buat macam buku lepas tu jual dari meja ke meja kawan. Guna duit sendiri masa tu. Memang susah tapi itulah kenangan yang buat saya teringat sampai sekarang.

2. Siapa approach dulu untuk masuk Lejen?

Sejak wujud blogspot, saya banyak kongsi karya saya dekat situ. Sampai satu masa, seingat saya tahun 2010, sebab blog ni juga, Aisa hubungi saya, tanya ada nak terbit buku tak? Masa tu dalam proses tengah tulis Awek Chuck Taylor. Ada juga fikir macam-macam, siapa Aisa ni, tapi tengok Aisa sanggup datang dari jauh, saya terus setuju dan alhamdulillah sampai sekarang buku saya selalu jadi bestseller di Lejen. Setahun lepas tu, Aisa tubuhkan Lejen Press. Lagi buat saya percaya pada Lejen!

3. Dengan penerbit mana lagi Nami berkolaborasi?

Saya pun ada hantar manuskrip dekat Terfaktab, Neon Terbit dan banyak lagi. Nak maju, kena berani ambil risiko. Bila nampak dah stabil dalam menulis, saya buat website sendiri, Cob Nobbler Works. Ia lebih kepada non-fiction. Tak cuba tak tahu kan? Jadi, ini untuk uji kemahiran dan keupayaan lain yang ada dalam diri saya lagi.

4. Penulisan Nami lebih kepada genre apa sebenarnya, sebab nampak tak khusus.

Genre saya pelbagai cuma saya fokus pada satu, bertujuan untuk singkap hidup manusia tu sendiri. Bagaimana manusia berfikir? Kenapa manusia boleh berinteraksi dengan orang yang tak kenal di Facebook semua itu, buat macam dah lama kenal? Sebab itu banyak novel saya lebih kepada ragam dan perangai manusia.

5. Macam mana terfikir nak buat Awek Chuck Taylor: Kapsul Masa?

Masa tu tengah bercuti di Bandung, Indonesia dan Aiman (kawan baik) saya call. By hook or by crook, saya kena pergi juga. Waktu ni lah muncul idea, why not buat sambungan Awek Chuck Taylor? A.C.T: Kapsul Masa yang lebih kepada gabungan realism dan fantasi. Ada gabungan fantasi sebab sebab saya minat sangat dengan Haruki Murakami, penulis Jepun yang banyak tulis buku berbentuk magical. Buku ini mengisahkan tentang kehidupan zaman 80-an, sewaktu watak Si Hafiz ini masih budak-budak.

6. Novel yang mana paling susah untuk disiapkan?

Susah tu sebab tak ada idea. Yang susah, novel Enam Darjah dengan Bayang. Sebab Enam Darjah tu adalah mengenai mencari siapa pencerita sebenarnya dalam novel tu. Bayang pula pasal split personality. Paling lama saya nak siapkan adalah selama 2 tahun dan paling sekejap, 1 bulan – bergantung pada genre, jalan cerita dan skop yang ditulis.

7. Antara novel-novel yang pernah dikeluarkan oleh Lejen, yang mana paling disukai?

Sebelum ada A.C.T: Kapsul Masa, saya paling suka novel Rokok Nan Sebatang sebab banyak menyentuh perasaan terutamanya dari segi friendzone semasa pengembaraan itu sendiri. Pengejar Bintang pun saya minat juga sebab ada sentimental value dan sejarah silam yang dicipta bersama novel ni. Part yang tragisnya masa buat novel Pengejar Bintang, saya kena halau dari rumah oleh mak saya sendiri sampai terpaksa merempat. Sebabnya mak saya fikir saya malas bekerja dan hanya reti menghadap komputer saja 24jam. Yalah, nama pun penulis. Logiklah kan asyik menghadap komputer je kerja saya ni? Tetapi saya tak salahkan mak saya sebab masa tu dia pun tak tahu saya ni penulis. Hikhikhik.

8. Siapa idola dalam bidang penulisan ini?

Saya banyak baca buku Ridhwan Saidi kalau buku dalam negara. Kalau luar negara, Haruki Murakami, J.D Salinger dan Jean-Paul Sartre. Dalam penulisan pun, ada banyak pengaruh Indonesia sebab selalu sangat baca buku-buku Ayu Utami, Pramoedya Ananta dan banyak lagi lah.

9. Pengalaman yang tidak mampu dilupakan selama bersama Lejen?

Paling terindah bagi saya masa saya ikut Lejen pergi jelajah dekat Pesta Buku USM. Sambutan pembaca, memang luar biasa. Memang best!

10. Macam mana tercetus idea nak buat A.C.T dalam bentuk komik?

Lepas dari teater A.C.T tahun 2013 tu, Lejen Komik datang jumpa saya dan berbincang nak adaptasi beberapa karya saya jadi komik. Haa, tulah sebab kenapa A.C.T boleh ada dalam bentuk komik. Terjawab tak? Hehehe.

11. Makin popular, makin banyak haters. Bagaimana Nami atasi semua ini?

Famous ke saya ni? (tanya sambil buat sengih kerang). Alhamdulillah. Ala, biasalah, dalam hidup ni, tak semua yang suka kita. Tak buat apa-apa pun orang boleh benci. Kalau yang komen negatif tu, bagi saya cuma manifestasi seseorang itu atas kejayaan orang lain, jadi saya tak ambil kisah sangat. Nanti kita pula yang stress. Cukup saya ambil komen yang membina untuk saya terus bergerak ke hadapan. Tak boleh fikir 1 orang sedangkan kita punya 100 orang lagi yang perlu kita fikir. Waktu susah, tak ramai yang akan ada dengan saya, sebab tu lah diri saya sendiri antara kekuatan untuk saya terus bangkit dan tak kenal erti putus asa. Yang penting, kalau niat itu baik, Allah akan bersama kita.

12. Kami ada dengar yang Nami ni menghidap penyakit Skizofrenia? Boleh jelaskan?

Ya, saya memang ada penyakit tu (tenang je jawab). Saya tak malu nak mengaku. Ni berlaku masa saya kecil lagi, saya jadi mangsa dera pakcik saya lepas tu kena buli di sekolah. Penyakit ini tak pernah surut sampailah sekarang, bertambah penyakit ada lah. Mana taknya, sekarang saya alami panic disorder pula. Tangan tiba-tiba shaking, dengar suara lain dalam fikiran dan mudah panik walaupun tak ada apa pun yang jadi. Mungkin sebab terlalu memendam, itu yang timbul macam-macam penyakit. Saya cerita bukan untuk raih simpati tetapi untuk masyarakat faham keadaan pesakit skizo dan panic disorder ini. Selami hati mereka sebelum menghukum @ menilai sebab korang tak tahu apa yang jadi di sebalik penderitaan mereka ni.

#kepada yang tidak tahu berkenaan penyakit ini, boleh tanya Mr Google ya. Jangan malas!

13. Last word Nami kepada Lejen dan peminat?

Saya sangat berterima kasih kepada Lejen sebab banyak tolong naikkan rating saya sampai saya dah boleh berada di tahap sekarang sebagai penulis. Hehehe. Tak mampu saya balas jasa diorang. Semoga Lejen menjadi mainstream baru yang berpengaruh dan dapat gali peluang untuk adaptasi novel Lejen ke drama, supaya drama kat TV tu akan jadi lagi syok. Buat pembaca setia, terima kasih tidak terhingga sebab banyak menyokong dari mula-mula saya terlibat sampailah sekarang. Kalau tiada korang, mungkin saya akan terus merempat. Anda semua inspirasi saya untuk terus bangkit menulis dan menghiburkan kamu semua dengan karya-karya saya. Anda semua memang the best!

 

Artikel Lain Untuk Di Baca