Kerana Mempunyai Masalah Mental, Penganggur Ini Tekad Menetak Ketua Polis Daerah Besut

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi telah ditetak oleh seorang lelaki hingga putus ibu jari kanan dan cedera di kepala pada petang semalam.

Lelaki yang bertanggungjawab ke atas kecederaan Mohd Zamri itu sebenarnya merupakan seorang penganggur dan berusia 33 tahun. Suspek yang juga merupakan jiran mangsa itu telah ditangkap oleh pihak berkuasa serta direman tujuh hari sehingga Khamis depan.

Suspek direman untuk sisatan lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Perintah tahanan reman tersebut telah dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Besut, Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.

Mohd Zamri yang baru sahaja pulang ke rumah kira-kira pukul 12.50 tengah hari semalam, telah didatangi oleh suspek yang menaiki kenderaan Perodua Kembara lalu membuat aduan berkaitan tanah kepada mangsa.

Mangsa meminta suspek pulang namun suspek berang lantas bertindak mengambil parang dalam kenderaannya sebelum menetak bahagian kepala mangsa sehingga terjatuh.

Mangsa menahan dengan tangan libasan parang suspek yang menyebabkan ibu jari kanan mangsa terputus sebelum suspek melarikan diri.

Mohd Zamri dikejarkan ke Hospital Besut oleh isterinya sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, untuk menjalani pembedahan menyambung jari berkenaan.

Suspek ditahan kira-kira 50 meter dari rumah mangsa iaitu di Felda Selasih pada jam 4.15 petang semalam.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca