Kerana Duit, Lelaki Ini Sanggup Senaraikan Ibu Sendiri Sebagai Penjenayah Negara

Sebuah mahkamah di Arab Saudi berdepan dengan satu kes pelik di mana seorang ahli perniagaan dipercayai telah memberi rasuah untuk memasukkan nama ibu kandungnya dalam senarai penjenayah yang membiayai aktiviti pengganas.

Menurut laporan, lelaki berkenaan terdorong memberi suapan berjumlah empat juta Riyal (RM4.3 juta) tersebut selepas bergaduh dengan ibunya mengenai wang.

Difahamkan, ahli perniagaan terbabit sebelum ini sudah memberikan cek bank bernilai lebih 22 juta Riyal yakni bersamaan dengan RM23 juta kepada wanita itu. Semenjak hari berkenaan, ibunya semakin kerap meminta wang daripadanya.

Laporan lanjut turut mengatakan pegawai yang menerima suapan itu juga merupakan perantara yang menyerahkan surat pengesahan yang menyatakan ibu ahli perniagaan itu sebagai penjenayah negara kepada pihak berkuasa.

Selain itu, kandungan surat itu juga mendakwa ibu lelaki tersebut sering melawat kumpulan pengganas di luar negara. Malah, turut membiayai segala perbelanjaan mereka.

Walau bagaimanapun, ahli perniagaan itu menafikan rasuah yang diberi sebagai pertukaran dengan penahanan wanita terbabit.

Pegawai berkenaan juga mendakwa dirinya hanya menjalankan tugas dan tidak menerima apa-apa bayaran seperti yang diperkatakan.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Arab Saudi, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca