Kerana Bijak, Pelajar Berusia 16 Tahun Ini Dirogol Sepupu Dan Guru Sendiri

Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di Sitappur, Uttar Pradesh, India dibaham oleh nafsu 4 orang sepupunya dan seorang guru.

Menerusi BH ONLINE, dipercayai kejadian ini dirancang oleh suspek untuk membalas dendam akibat cemburu dengan kecemerlangan mangsa dalam akademik. Oleh sebab itu, suspek mendakwa sering dihina oleh ahli keluarga mereka apabila gagal dalam peperiksaan.

Seorang guru turut terbabit dalam perbuatan jijik ini apabila membenarkan suspek merogol pelajar perempuan itu di dalam bilik khas untuk kakitangan di sebuah sekolah kerajaan.

Menurut Superintenden Polis, Madhuvan Kumar Singh, “Sebaik gadis itu diberi dadah, sepupunya dan seorang guru merogolnya bergilir-gilir manakala seorang daripada mereka merakamkan perbuatan itu di telefeon bimbit.”

Tidak cukup dengan itu, suspek turut menyebarkan rakaman video kejadian itu kepada keluarga mangsa menerusi aplikasi WhatsApp. Setelah terkejut menonton video itu, ibu bapa mangsa terus membuat laporan polis.

Balas dendam memang dapat memuaskan hati, tapi itu tidak mengubah keadaan menjadi lebih baik. Fikirlah sebelum bertindak.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca