Kerajaan Wajibkan Pemakaian Pelitup Muka Di Tempat Awam Sesak Bermula 1 Ogos

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Malaysia telah memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun lalu. Fasa PKPP ini juga membolehkan orang ramai merentas negeri tanpa sebarang masalah.

Pada masa yang sama, fasa PKPP ini juga menyaksikan sektor ekonomi negara sudah semakin rancak. Walau bagaimanapun, fasa ini juga menyaksikan orang ramai semakin tidak serius dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Ia secara tidak langsung menyebabkan kewujudan 13 kluster baharu sepanjang PKPP ini berlangsung.

Malaysia China Outbreak
Sumber: The Vocket

Dalam usaha untuk mengelakkan pertambahan kluster dan peningkatan kes COVID-19 sehingga dua angka, pihak kerajaan kini mewajibkan penggunaan pelitup muka di tempat awam yang sesak dan semua pengangkutan awam bermula pada 1 Ogos ini.

Dalam pada itu, pemakaian pelitup muka buatan sendiri dibenarkan tetapi ia perlu mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Selain itu, individu-individu yang didapati tidak mematuhi peraturan berkenaan boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Semoga rakyat Malaysia tidak mengambil peraturan baharu ini secara sambil lewa dan sebaliknya dapat mengikuti SOP serta semua saranan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan sehingga rantaian COVID-19 dapat diputuskan sepenuhnya.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan pelitup muka, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca