Kerajaan UK Larang Guna Teknologi 5G Huawei Di Negara Itu

United Kingdom (UK) telah membatalkan hasrat untuk menggunakan teknologi 5G Huawei sebagai sistem telekomunikasi selular di negara itu. Langkah itu diambil sejurus Amerika Syarikat (AS) mengancam menghentikan perjanjian perkongsian risikan kerana khuatir sistem Huawei digunakan kerajaan China menceroboh rangkaian UK.

Oliver Dowden selaku Setiausaha Kebudayaan UK memberikan tempoh selama tujuh tahun kepada pengendali telekomunikasi iaitu sehingga 2027 untuk menggantikan peralatan Huawei yang sudah dipasang di rangkaian 5G negara itu.

“Kerajaan bersetuju dengan saranan Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan. Cara terbaik melindungi rangkaian kita adalah dengan cara pihak pengendali berhenti menggunakan peralatan Huawei baru yang terkesan untuk membina rangkaian 5G di UK pada masa akan datang.

Maksudnya, mulai hujung tahun ini, pengendali telekomunikasi tidak boleh membeli peralatan 5G dari Huawei dan sebaik sahaja undang-undang keselamatan telekomunikasi diluluskan, ia menjadi satu kesalahan sekiranya mereka berbuat demikian,” jelas Dowden.

Terdahulu, Perdana Menteri Boris Johnson turut diberikan tekanan dalam kalangan ahli partinya dari Konservatif yang mengkritik tindakan China terhadap Hong Kong dan etnik Uighur, termasuk syarikat Huawei yang mempunyai kaitan dengan kerajaan China.

Pada Januari lalu, kerajaan UK memutuskan untuk mengehadkan peranan Huawei dalam membekalkan peralatan rangkaian berkelajuan tinggi baharu kepada syarikat telekomunikasi negara itu.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan Huawei, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca