“Kerajaan Tidak Boleh Tunggu Untuk Bantu Rakyat.” – Muhyiddin Yassin

Hari ini merupakan Persidangan Dewan Rakyat yang ditunggu-tunggu selepas ia tertangguh akibat penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Salah satu isu yang mencuri tumpuan orang ramai ialah soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN tambahan dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang tidak dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu sebelum dilaksanakan sedangkan ia melibatkan kos yang tinggi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawab soalan Anwar dengan menegaskan tindakan itu terpaksa diambil untuk memastikan nasib dan hak rakyat dilindungi.

“Kerajaan tidak ada pilihan malah saya sendiri berpendapat tindakan segera mesti diambil sebelum sesi Parlimen mula bersidang. Tuan Yang Dipertua perlu tahu ramai rakyat menunggu dan kita tidak boleh tunggu sesi Parlimen ini.

Dia (rakyat) hendak sekarang. Oleh itu, bantuan disampaikan sekarang. Mereka hadapi kesukaran sekarang dan institusi sudah runtuh serta kebanyakan perniagaan tidak boleh dilaksanakan.

Walaupun begitu, saya faham tugas seorang ahli Parlimen mempunyai tanggungjawab untuk persoal tindakan kerajaan. Namun, tugas kerajaan adalah menentukan kebajikan rakyat mesti dibela,” jelas Muhyiddin pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

Pada pendapat anda, adakah keputusan Perdana Menteri untuk melaksanakan pakej rangsangan ekonomi itu tanpa membentangkannya di Parlimen terlebih dahulu merupakan satu tindakan wajar?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan bantuan kerajaan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca