Kerajaan Tidak Benar Pemindahan Data, Mark Zuckerberg Ancam Tutup FB, IG Di Eropah

Pengasas Meta, Mark Zuckerberg mengancam untuk menghentikan ‘perkhidmatan teras’ mereka dari United Kingdom (UK) dan Eropah berikutan pertikaian mengenai undang-undang perlindungan data dengan Eropah.

Aplikasi media sosial milik Meta yang popular termasuk Facebook dan Instagram mungkin diharamkan di rantau tersebut sekiranya Eropah tidak membenarkannya mereka melakukan ‘pemindahan data transatlantik’.

Ia bermakna pemindahan data peribadi orang ramai daripada server selamat di Eropah, yang mana dikawal ketat, ke Amerika Syarikat (AS).

Aplikasi media sosial Facebook dan Instagram mungkin diharamkan di United Kingdom (UK) dan Eropah. Sumber: Daily Star

Meta menyatakan dalam laporan tahunan kepada agensi kerajaan AS bahawa jika rangka kerja baharu tidak diwujudkan, syarikat itu “mungkin” perlu menghentikan “produk dan perkhidmatan yang paling penting.”

Walaupun Meta mendakwa bahawa perkongsian data antara negara dan wilayah adalah penting untuk menyediakan perkhidmatannya, Mahkamah Kehakiman Eropah telah menghalangnya daripada berbuat demikian sejak Julai 2020.

Ini sebahagian besarnya adalah bertujuan untuk melindungi pengguna di seluruh Eropah daripada data mereka dikongsi atau dijual tanpa pengetahuan mereka.

Walaupun Meta meletakkan amaran itu dalam laporannya, seorang jurucakap pihaknya memaklumkan bahawa mereka sama sekali tidak berhasrat mahupun bercadang untuk berundur dari Eropah.

“Kami sama sekali tidak mempunyai keinginan dan tiada rancangan untuk berundur dari Eropah, tetapi realiti mudahnya ialah Meta dan kebanyakan perniagaan, organisasi dan perkhidmatan lain, bergantung pada pemindahan data antara EU dan AS untuk mengendalikan perkhidmatan global.

“Seperti syarikat lain, kami telah mengikuti peraturan Eropah dan bergantung pada Klausa Kontrak Standard, dan perlindungan data yang sesuai, untuk mengendalikan perkhidmatan global.”

Dalam berita yang lainnya, dilaporkan nilai bersih Mark Zuckerberg menjunam minggu lalu selepas harga saham Facebook jatuh.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca