Kerajaan Setuju Mansuh Hukuman Mati Mandatori Di Malaysia

Kerajaan telah bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di Malaysia pada hari ini (10 Jun). Hukuman gantian adalah tertakluk kepada budi bicara pihak mahkamah.

Menerusi ciapan di laman Twitter, Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan bahawa keputusan pemansuhan hukuman ini dibuat selepas mencapai kesepakatan daripada pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh beliau dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lalu.

Pihak kerajaan juga menerima dan mengambil maklum cadangan-cadangan Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui laporan kajian berkenaan.

Untuk pengetahuan anda, jawatankuasa itu diketuai oleh mantan Ketua Hakim Negara iaitu Tun Richard Malanjum dan ia turut dianggotai oleh pakar-pakar dalam bidang perundangan seperti bekas Hakim Besar Malaya, bekas Peguam Cara Negara, pengamal undang-undang, pensyarah undang-undang dari Institusi Pengajian Awam terkemuka serta pakar kajian jenayah (criminologist).

Sumber: The Star

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu turut berkata, “Penelitian dan kajian lanjut akan dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman maut mandatori, satu kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) serta 22 kesalahan yang membawa hukuman maut tetapi dengan budi bicara mahkamah.”

Beliau turut mengesahkan akan melaksanakan kajian lanjut dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain kementerian atau jabatan yang berkepentingan.

Tindakan ini amat penting untuk memastikan pindaan akta-akta yang berkaitan mengambil kira prinsip proportionality dan keperlembagaan (constitutionality) mana-mana cadangan kepada kerajaan nanti.

Anda boleh baca kenyataan penuh di bawah.

Sumber: Twitter @dswjtj

Pada pendapat anda, adakah pemansuhan hukuman maut mandatori ini merupakan satu keputusan yang tepat?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca