Kerajaan Setuju Beri Pengecualian Bayaran Ujian Saringan COVID-19 Untuk 3 Kategori Ini

Pengecualian bayaran ujian saringan COVID-19 akan diberikan kepada tiga kategori kalangan rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara. Tiga kategori tersebut adalah Orang Kelainan Upaya (OKU), pegawai kerajaan yang kembali dari luar negara atas tugasan rasmi dan pelajar Malaysia pulang dari luar negara pertama kali.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut memberitahu mereka yang tidak termasuk dalam senarai tiga kategori perlu membayar sendiri kos saringan COVID-19 bermula semalam.

“Kini rakyat Malaysia dan warga asing yang pulang ke Malaysia perlu tanggung kos ujian saringan COVID-19 setiba di pintu masuk negara,” katanya.

Namun, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai pelaksanaan pagi ini telah membuat keputusan untuk beri pengecualian kepada tiga kategori daripada membayar kos saringan COVID-19. Untuk kategori yang pertama, mereka perlulah mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kedua adalah untuk pegawai kerajaan yang kembali dari luar negara disebabkan tugasan rasmi. Manakala yang ketiga adalah golongan pelajar yang pulang dari luar negara buat pertama kali dan perlu kemukakan bukti pengajian.

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri juga berkata pembayaran yang baru sahaja dilakukan oleh tiga kategori ini boleh dituntut semula memandangkan keputusan ini baru sahaja dilakukan semalam. Tiga kategori ini boleh dituntut semula caj mereka daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca