Kerajaan Sepanyol Memberi Cuti ‘Haid’ Selama Tiga Hari Setiap Bulan Kepada Wanita Yang Mengalami Sakit Haid

Sepanyol merupakan negara Barat pertama yang memberikan faedah cuti haid selama 3 hari kepada pekerja wanita yang mengalami kesakitan sewaktu menstruasi.

Mengikut stesen radio Cadena Ser, usul itu dikemukakan dan dijangka mendapat kelulusan dari Kerajaan Sepanyol seawal minggu hadapan.

Apabila diluluskan, Sepanyol akan menyertai Jepun, Korea Selatan, Indonesia dan Zambia sebagai negara-negara yang memberi cuti sebegini.

Termasuk dalam pelan memberi cuti haid tersebut, sekolah-sekolah juga dikehendaki menyediakan tuala wanita untuk kanak-kanak perempuan yang memerlukannya.

Sumber: Firspost

Ángela Rodríguez, Setiausaha Negara berkaitan dengan Kesamarataan dan Menentang Keganasan Jantina mengumumkan langkah-langkah untuk menjamin penjagaan terhadap kesihatan sewaktu menstruasi dan memastikan pemulihan kesihatan reproduktif pada 3 Mac lalu. Tambahan itu, Rodríguez menerangkan pemberian cuti bagi pekerja wanita yang lalui guguran kandungan.

“Hak-hak berkaitan dengan kesihatan haid jarang dibincangkan dan hasil data dikumpul amat membimbangkan,” kata Rodríguez kepada El Periodico.

“Statistiknya adalah satu daripada empat wanita tidak boleh memilih apa-apa produk kebersihan feminin yang mereka ingin beli. Ini kerana isu kewangan yang tidak membenarkannya. Itulah sebab kami mencadangkan agar produk-produk tersebut boleh diberikan secara percuma di pusat pendidikan dan pusat komuniti.”

Menurutnya, cuti ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada wanita yang mengalami sakit kronik sewaktu datang haid. Ramai wanita yang datang haid mengalami sakit teruk yang dikenali sebagai dysmenorrhea- dalam kes-kes teruk, ia boleh melemahkan badan pada tahap yang dahsyat.

“Namun, ia amat penting untuk menjelaskan apa yang dianggap sakit yang boleh diambil cuti haid. Rasa ketidakselesaan tidak dianggap sebagai simptom yang membenarkan seseorang perkerja wanita untuk mengambil cuti tersebut. Sebaliknya, simptom-simptom serius seperti cirit-birit, sakit kepala yang teruk, dan demam membenarkan wanita untuk mengambil cuti itu,” kata Rodríguez.

Sumber: Independent

Selain itu, pad sanitari dan tampon akan dihapuskan cukai nilai tambahnya daripada harga jualannya di pasar raya. Bagi wanita yang berada dalam keadaan sosial yang terpinggir, produk feminin akan diberi secara percuma.

Kerajaan Sepanyol juga bercadang untuk menghapuskan keperluan untuk kanak-kanak berusia 16 dan 17 tahun yang ingin menggugurkan kandungan untuk meminta kebenaran ibu bapa.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca