Kerajaan Perak Tidak Mampu Membekalkan Air Kepada Pulau Pinang, Ini Berikutan Bekalan Air Di Negeri Itu Sendiri Tidak Mencukupi 

Kerajaan Perak tidak mampu untuk membekalkan air mentah kepada Pulau Pinang kerana keperluan pengunaan air domestik di negeri itu dilihat tidak mencukupi.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keputusan muktamad itu dibuat setelah mengambil kira keperluan jangka panjang. Ini termasuk sektor perindustrian yang pesat membangun di negeri Perak.

Keputusan itu sejajar dengan pendirian kepemimpinan sebelum ini yang menyatakan kerajaan Perak sedia membantu namun tertakluk kepada kecukupan penggunaan air dalam negeri terlebih dahulu.

“Contohnya, apa yang berlaku di kawasan pertanian Kerian. Air takungan Bukit Merah kering dan terpaksa guna kaedah pembenihan awan untuk hasilkan hujan. Ini menunjukkan di Perak pun ada masalah air.”

“Kalau cukup barulah air yang lebih itu kita boleh hantar ke Pulau Pinang tetapi berdasarkan kajian, air untuk kegunaan Perak pun tidak sepenuhnya mencukupi, terutamanya apabila populasi diunjur bertambah kepada tiga juta menjelang 2050.”

“Kedatangan semakin banyak pelabur membuka kilang di Perak turut menuntut penggunaan air yang tinggi, malah sudah ada pengilang terpaksa mendapatkan sendiri sebahagian besar bekalan air seperti dari tasik dan lombong.

“Penyedutan air dari Sungai Perak kelak boleh menyebabkan empat empangan sungai terjejas dari segi prestasi penjanaan kuasa elektrik,” kata beliau.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca