Kerajaan Malaysia Tidak Layan, Iktiraf Tuntutan Waris Kesultanan Sulu

Kerajaan Malaysia tidak akan melayan tuntutan dan arahan untuk membayar pampasan bernilai kira-kira RM63 bilion kepada pihak-pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.

Melalui satu kenyataan bersama Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Peguam Negara, Malaysia juga tidak mengiktiraf tuntutan yang dibuat waris Kesultanan Sulu menerusi prosiding timbang tara di Paris.

Malaysia sentiasa menegakkan dan tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya sebagai sebuah negara berdaulat.

“Malaysia tidak mengambil bahagian dalam prosiding timbang tara yang dikatakan itu. Tambahan pula, hal perkara dalam tuntutan tersebut bukan bersifat komersil dan tidak boleh dibawa ke prosiding timbang tara serta Perjanjian 1878 juga tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara.”

Pada 14 Januari 2020, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak yang bersidang di Kota Kinabalu, telah membuat keputusan yang tidak memihak kepada penuntut dengan memutuskan bahawa Perjanjian 1878 tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara.

“Penimbang tara tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyelesaikan perkara yang dibangkitkan dan Mahkamah Tinggi Sabah merupakan forum yang neutral dan teratur untuk memutuskan apa-apa tuntutan berkenaan dengan Perjanjian 1878 tersebut.”

“Malaysia telah memfailkan permohonan untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan keputusan Mahkamah Tinggi Sabah tersebut di Mahkamah Tinggi Madrid di Sepanyol. Bagaimanapun, permohonan tersebut belum didengar,” katanya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca