Kerabat Diraja Ini Hadang SUV Supaya Burung Bersarang Atas Kereta Tidak Diganggu

Selepas kita kerap disajikan dengan kisah kekejaman terhadap haiwan yang hanya meninggalkan perasaan amarah dan kecewa kepada orang ramai, apa yang berlaku di Dubai, Emiriah Arab Bersatu ini ternyata berbeza.

Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan Mohammed Rashid Al Maktoum memuat naik sebuah hantaran di Instagram Stories menunjukkan satu ‘penemuan’ yang tidak disangka.

Menerusi perkongsian tersebut, seekor burung sedang bersarang di atas bonet kereta Sheikh Hamdan. Walau bagaimanapun, beliau yang lebih dikenali dengan nama glamornya, Fazza memilih untuk membiarkan sahaja haiwan berkenaan di situ kerana rasa kasihnya terhadap makhluk Tuhan tersebut.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian orang ramai ialah Fazza turut meletakkan kon di sekeliling kenderaan utiliti sukan (SUV) Mercedes-AMG G63 kepunyaan beliau untuk memastikan burung tersebut tidak diganggu.

Tidak berhenti di situ, beliau juga tidak membenarkan kakitangannya untuk menghampiri kenderaan berkenaan supaya mereka tidak menakut-nakutkan haiwan tersebut.

Dalam pada itu, kerabat diraja Emiriah Arab Bersatu ini sememangnya dikenali ramai dengan sikap mereka yang pemurah dan prihatin.

Memetik laporan Astro Awani, Fazza kembali ke sebuah fasiliti perubatan pada Jun lalu untuk mengambil foto bersama seorang kakitangan yang terlepas peluang untuk bergambar bersamanya dalam sesi lawatan sebelum itu.

Sekiranya berada di tempat beliau, apakah tindakan yang bakal anda lakukan?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan kerabat diraja, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca