“Keputusan Zuhur Ganti Solat Jumaat Akan Diputuskan Dalam 2 Atau 3 Jam Lagi.” – Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yakni Dr. Zulkifli Mohamad al- Bakri berkata arahan supaya solat Jumaat digantikan dengan solat Zuhur di rumah hanya akan diputuskan dalam tempoh dua atau tiga jam lagi.

Menerusi laporan malaysiakini, kenyataan itu dikeluarkan beliau semasa ditemui pihak pemberita pada jam 9.15 pagi tadi.

Tambah Dr. Zulkifli lagi, pihaknya kini sedang melakukan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan malaysia (KKM) mengenai isu ini.

“Saya setuju bahawa perhimpunan yang melibatkan ramai orang boleh menambah risiko penularan wabak. Namun, perkara itu kita perlu perhalusi sedikit sahaja masa lagi kerana perbincangan perlu dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya kepada pihak pemberita.

Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak Koronavirus (COVID-19), sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca