Keputusan Muktamad, Puteri Sarah Fail Cerai Kepada Syamsul Yusof

Puteri Sarah Liyana telah failkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Pagi tadi, pelakon, Puteri Sarah Liyana memohon perceraian terhadap pengarah terkenal, Syamsul Yusof yang baru sahaja dedahkan perkahwinannya dengan isteri kedua baru-baru ini.

Seluruh Malaysia tahu tentang kisah mereka yang berbalas-balas terangkan tentang hubungan mereka berdua yang semakin renggang di media sosial masing-masing.

Lima hari lepas, Puteri Sarah minta dilepaskan pada Syamsul melalui gambarnya yang dikongsikan di Instagram memandangkan mereka berdua tidak lagi berhubung antara satu sama lain.

Wanita itu minta cerai atas kegagalan Syamsul menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dan seorang ayah kepada dua cahaya mata mereka.

Hari ini, Puteri Sarah semangat untuk merasmikan permohonan perceraiannya di Mahkamah bersama keluarga dan peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader.

“Semalam pulang dari set penggambaran sekitar pukul 1 pagi. Hari ini saya bersedia dan bersemangat lebih-lebih lagi ditemani oleh ahli keluarga yang lain. Doakan saya,” katanya apabila bertemu media.

Sebutan pertama akan bermula pada 7 Mac 2023 iaitu sehari sebelum perkahwinannya dengan Syamsul cukup sembilan tahun.

Setelah lama pasangan ini menjadi topik hangat di Malaysia terutama antara kaum lelaki dan perempuan, Puteri Sarah telah membuat keputusan untuk bina hidup baru dari disakiti oleh Syamsul Yusof.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca