Kepulangan 43 Pelajar Malaysia Dari Indonesia Bentuk Kluster Terbaharu COVID-19

Satu kluster terbaharu berjaya dikesan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di pintu masuk antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Di dalam sidang media KKM semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes terbaru dikesan dalam kalangan rakyat Malaysia yang pulang dari Indonesia melalui KLIA, pada 16 April lalu.

Kepulangan 43 pelajar Malaysia itu dilaporkan dari Temboro, iaitu salah satu tempat yang diisytiharkan sebagai zon merah di daerah Magetan, Indonesia.

Kesemua pelajar Malaysia yang selamat tiba itu kini sedang menjalani proses kuarantin dengan 34 individu dikuarantin di Melaka, manakala sembilan lagi di Putrajaya.

“Ini menunjukkan tindakan kerajaan untuk mengambil langkah kuarantin dan menyaring semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara adalah bertepatan dan ia bagi memastikan kes import tidak menjangkiti penduduk Malaysia,” katanya dalam sidang media harian COVID-19.

Di dalam sidang media itu, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah turut ditanya mengenai kumpulan rakyat Malaysia yang tiba dari luar negara sebelum ini. Menurutnya, seramai 15,800 individu sudah menjalani proses kuarantin sebaik tiba di tanah air.

Terdapat 190 stesen pusat kuarantin di Malaysia dan 89 stesen kuarantin di pintu masuk antarabangsa. 1,041 daripada jumlah 15,800 individu yang selamat tiba adalah dalam kalangan jemaah tabligh.

Manakala 11,725 orang dipantau (PUS) dan sampel yang diambil adalah 8,410 dan yang positif setakat ini ialah 65 individu iaitu 43 dari Jawa Timur, tiga dari Acheh dan satu kes masing-masing dari Turki dan Kalimantan.

Walau bagaimanapun, kes COVID-19 di Malaysia mencatatkan perkembangan yang baik dengan jumlah kesembuhan yang semakin meningkat.

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan penularan wabak COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca