Masih ingatkah anda serangan berterusan yang membabitkan pertempuran selama 11 hari di Semenanjung Gaza pada awal bulan Mei lalu?
Sejak 10 Mei lalu, rejim Israel melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza selepas pejuang Hamas menyasarkan wilayah yang dikuasai pihak zionis.
Sekurang-kurangnya 232 rakyat Palestin, termasuk 65 kanak-kanak maut manakala 1,900 lagi cedera sepanjang pertempuran 11 hari di Semenanjung Gaza bulan lalu.
Beberapa bangunan termasuk yang menempatkan pejabat agensi media antarabangsa Al-Jazeera dan Associated Press turut musnah ketika berlaku serangan rejim zionis.
Di sebalik konflik yang berlaku, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman, seorang rakyat Malaysia dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia yang berada di Semenanjung Gaza telah berkongsikan realiti kehidupan sebenar di sana baru-baru ini.
Ikuti perkongsian video penuh yang dimuat naik di laman Facebook beliau:
“Kepelikan di bumi Gaza. Aik, kat sini ada shopping mall?” – Nadir Al-Nuri
Lebih dikenali sebagai Nadir Al-Nuri, beliau memaklumkan, niat untuk berkongsikan video itu adalah untuk membuka mata rakyat Malaysia malah, keadaan di sana tidaklah seperti yang dibayangkan. Bukan itu sahaja, video berkenaan adalah peluang bagi mengenal sedikit demi sedikit mengenai kehidupan di bumi Gaza.



Beliau turut menunjukkan situasi dan suasana aktiviti membeli-belah di sebuah pasar raya yang dikunjungi oleh majoritinya penduduk Semenanjung Gaza menerusi posting video berkenaan.
“Tunjukkan kepada kalian, mungkin kepelikan yang kalian jangkakan tiada di bumi Gaza. Di bumi Gaza ini sebenarnya ada shopping mall, nak kata kompleks takdalah,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih kepada Nadir Al-Nuri kerana berkongsi video suasana sebenar dan realiti kehidupan rakyat Palestin di Gaza.
“Saya betul2 ingat Gaza ni macam padang jarak padang tekukur selama ni” – Netizen
Ada di antara mereka selama ini menyangka bahawa Semenanjung Gaza diibaratkan seperti ‘padang jarak padang tekukur’ namun sebaliknya masih lagi melakukan aktiviti ekonomi seperti biasa.
Berikut antara komen menarik netizen di Facebook:



Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: