Kepala Seakan Mahu Meletup Dan Pecah, Ini 5 Jenis Sindrom Aneh Manusia Dalam Dunia

Kemunculan penyakit sindrom yang disebabkan oleh kelainan genetik terjadi ketika bayi memiliki masalah gen sewaktu berada dalam kandungan. Kesannya, pesakit akan mengalami kesukaran untuk hidup normal seperti manusia lain.

Keadaan ini akan kekal berterusan sepanjang hidup pesakit. Oleh itu, menerusi perawatan tepat sahaja mampu membantu pesakit untuk hidup dengan lebih sihat dan bahagia seperti manusia normal yang lain.

Tahukah, anda? Penyakit sindrom terdiri daripada pelbagai jenis. Oleh yang demikian, penulis akan kongsikan lima penyakit sindrom yang terdapat di dalam dunia iaitu:

1. Hgilford Progeria (Sindrom Cepat Tua)

Satu-satunya penyakit sindrom yang jarang ditemui dalam dunia. Pesakit akan mula mendapat penyakit ini bermula usia 2 tahun akibat penuaan pramatang dan mudah mendapat risiko penyakit jantung pada usia 14 tahun.

Meskipun pesakit kelihatan normal sewaktu dilahirkan, mereka akan mula mengalami tanda-tanda perubahan dalam diri beberapa bulan atau tahun kemudian seperti kepala dan mata yang besar, telinga yang menonjol, hidung tipis dan runcing, pertumbuhan gigi yang mula perlahan, keguguran rambut, alis dan bulu mata serta penurunan berat badan.

2. Lewando Sky – Lutz Dysplasia (Sindrom Manusia Pokok)

Penyakit ini merupakan sindrom autosomal resesif iaitu sejenis penyakit kulit keturunan yang sangat jarang berlaku dalam kalangan manusia. Pesakit akan mengalami jangkitan virus pipilloma (HPV) yang susah untuk dikawal dan pertumbuhan ketuat pada kulit sehingga merupai permukaan pokok pada bahagian tangan dan kaki.

Penyakit ini cenderung menyerang pesakit sewaktu di usia antara 1 hingga 20 tahun. Sehingga kini, sebarang rawatan atau penawar bagi menyembuhkan pesakit masih belum ditemukan. 

3. Aquagenic Urticaria (Sindrom Alahan Air)

Sindrom penyakit ini disebabkan oleh alahan manusia pada air dan biasanya terjadi kepada individu yang sudah lanjut usia. Sindrom ini dikatakan berlaku akibat ketidakseimbangan hormon yang berpunca sewaktu proses kelahiran.

Penyakit ini juga menyebabkan pesakit sukar untuk menyentuh air kerana kulit mereka akan segera bertindak balas sejurus selepas bersentuhan  dengan air.

4. Hypertrichosis (Sindrom Serigala Jadian)

Sindrom ini berlaku disebabkan oleh pertumbuhan rambut yang lebih daripada satu tempat iaitu di bahagian muka, telinga atau bahu.

Penyakit ini juga dikaitkan dengan penyakit yang diwarisi melalui genetik keturunan. Sehingga kini, masih belum ada penawar untuk penyakit berkenaan dan kaedah yang boleh digunakan oleh pesakit adalah dengan mencukur bulu dan rambut yang tumbuh memanjang serta memerlukan masa yang agak lama.

5. Exploding Head Syndrom (Sindrom Kepala Meletup)

Penyakit ini biasanya dihadapi oleh wanita yang berumur 50 tahun ke atas. Mereka cenderung dikaitkan dengan tahap tekanan tinggi, sawan temporal lobus kecil dan masalah neuronal.

Bagaimanapun, sindrom ini tidak mengakibatkan kepala pesakit meletup dan hancur namun ia merupakan gangguan tidur si pesakit berikutan kecenderungan mereka untuk mendengar bunyi yang sangat kuat seperti letupan, guruh, tembakan dan sebagainya. Pesakit juga akan mengalami gejala lain seperti melihat kilauan cahaya bersama suara kuat, denyutan jantung meningkat serta merta, cemas, bimbang, takut, kedutan otot dan sebagainya.

Kesimpulannya, terdapat lima jenis penyakit sindrom di dalam dunia. Semoga sahaja mereka atau individu yang mendapat penyakit ini segera diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menjalani kehidupan.

Penulis

  • Nurul Asirah Binti Alban adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Untuk membaca artikel yang berkaitan dengan topik atau isu semasa mengenai penyakit manusia di dunia, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca