Kepala Mayat Disorok Atas Loteng Rumah, Potongan Tangan Masih Belum Ditemukan

Susulan daripada kejadian penemuan mayat di Kuala Krubong, Melaka, pihak berkuasa dilaporkan telah memberkas pelaku yang merupakan suami kepada mangsa sendiri pada hari Sabtu yang lalu.

Sewaktu siasatan sekitar kediaman mangsa yang bertempat di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, Melaka dijalankan, pihak polis menjumpai bahagian kepala kedua-dua beranak yang disimpan oleh pelaku di atas siling kediaman mereka.

Menurut laporan Harian Metro, sepasukan pihak polis menemukan potongan kepala berkenaan pada jam 8 malam, Jumaat lalu. Bagaimanapun, penemuan ini tidak diberikan pendedahan awal kepada pihak media berikutan bimbang mengganggu proses siasatan selanjutnya.

Difahamkan bahawa keluarga mangsa turut hadir ke Jabatan Forensik Hospital Melaka pada malam Sabtu untuk pengesahan. Lebih memilukan apabila kesemua potongan itu sememangnya benar milik kedua-dua beranak tersebut. Walau bagaimanapun, bahagian telapak tangan masih belum ditemukan oleh pihak berkuasa sepanjang siasatan dijalankan.

Menurut Ketua Polis Melaka Datuk Mat Kasim Karim, pencarian bahagian tangan mangsa kemungkinan sukar ditemukan kerana difahamkan suspek telah membuang potongan tersebut ke dalam tong sampah luar rumah yang dipercayai telah diangkut oleh pihak pembersihan.

Namun begitu, pihak berkuasa masih gigih meneruskan usaha bagi mencari sisa potongan bahagian badan kedua-dua mangsa untuk melengkapkan dan menyempurnakan proses pengebumian.

Semoga pencarian terhadap sisa potongan mayat yang masih hilang dapat ditemukan dengan segera. Al-Fatihah kepada kedua-dua mangsa, semoga urusan seterusnya sentiasa dipermudahkan oleh Allah swt.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca