Hajat lelaki ini untuk membaiki mesin basuh semi auto yang rosak akhirnya tidak kesampaian apabila kepalanya tersangkut di dalam ruangan pengering pakaian.

Mangsa dipercayai cuba melihat ke dalam mesin basuh tersebut untuk memeriksa dari mana datangnya punca kerosakan. Namun, lain pula yang jadi apabila dia gagal untuk mengeluarkan kepalanya.

Mangsa dikatakan membuat pemeriksaan ke atas mesin itu tanpa menutup suisnya terlebih dahulu. Mujurlah pada ketika itu, rakan serumah mangsa berada di kediaman mereka dan menyedari insiden itu. Lalu, rakannya itu terus bertindak menutup suis dan cuba mengeluarkan kepala mangsa tetapi cubaan itu gagal.

Sebaik sahaja puas bergelak ketawa dan mengambil gambar kejadian yang menimpa rakan serumah mereka itu, barulah mereka menghubungi pihak bomba untuk menyelamatkan mangsa.

Tidak lama selepas itu, pihak bomba tiba di lokasi kejadian dan cuba sedaya upaya untuk mengeluarkan kepala mangsa, namun gagal. Pihak bomba akhirnya mengambil keputusan untuk membaraikan mesin basuh tersebut selepas mengambil kira keselamatan mangsa.

Mangsa akhirnya berjaya diselamatkan.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda