Kepala Kanak-Kanak Ini Teleng 90 Darjah, Keluarga Tuntut Janji Pemimpin Untuk Biayai Kos Pembedahan

Malang sememangnya tidak berbau. Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan nasib yang menimpa kanak-kanak ini. Pada usia lapan bulan, Afsheen Kumbar dari Pakistan telah terjatuh sewaktu bermain di luar rumah. Impak daripada insiden itu telah mengubah hidupnya di mana kepalanya membongkok pada sudut 90 darjah.

Akibat kekangan wang, kecederaan Afsheen tidak dirawat sehingga menyebabkannya menjadi semakin teruk. Dia kini mengalami gangguan otot pada leher atau disebut sebagai torticollis.

Punca utama torticollis adalah kecederaan pada tulang belakang atau otot leher yang mengakibatkan ia menjadi kejang.

Keadaan itu bukan sahaja membuatkan dia hidup dalam kesakitan, malah ia juga menyukarkannya untuk makan, pergi ke tandas dan juga berjalan.

Pada masa yang sama, keadaan itu juga menghalang Afsheen untuk belajar di sekolah seperti kanak-kanak lain. Dia cuma menghabiskan masa di rumah bersama dengan ibunya yang dikenali sebagai Jameelan dan juga abangnya iaitu Mohammad Yaqoop Kumbar.

Keluarganya tidak mampu untuk menanggung kos pembedahan bagi membantu memulihkan keadaan Afsheen selepas bapanya meninggal dunia akibat kanser pada tahun lepas.

Kisah Afsheen ini mendapat perhatian dunia dua tahun lalu sekali gus membawa kepada tawaran daripada seorang pemimpin wanita untuk menanggung segala kos pembedahannya.

Pada Februari lalu, kanak-kanak tersebut dibawa ke Hospital Universiti Agha Khan di Karachi bagi menjalani pemeriksaan.

“Doktor beritahu peluang untuk pembedahan berjaya hanya 50 peratus dan minta kami pulang untuk memikirkannya,” kata Mohammad Yaqoob.

“Selepas sebulan, pemimpin yang berjanji untuk menaja pembedahan Afsheen tidak membalas panggilan kami dan terus senyap,” jelasnya.

Tambahnya lagi, mereka sekeluarga tidak mempunyai wang untuk membawa Afsheen ke hospital. Malah, dia juga terpaksa berhenti kerja bagi menjaga adiknya.

“Kami ada membawanya berjumpa doktor tempatan di bandar namun mereka beritahu hanya pakar boleh merawat Afsheen. Dia juga menasihatkan kami mendapatkan rawatan di luar negara.”

“Saya merayu kepada kerajaan dan penduduk setempat untuk membantu adik saya. Dia perlu dibedah untuk hidup normal,” ujarnya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca