Buli, dan kesannya pada jiwa anak muda kita terutama yang lelaki.
Ada dua pihak yang akan sangat terkesan dengan perkara ini.
1) Mangsa.
Sudah pasti ramai mangsa buli berada di luar sana. Mereka terdiri dari adik-adik dan anak-anak kita yang helpless untuk meminta bantuan sesiapa.
Jika mereka meminta bantuan, sama ada cerita mereka tidak dipercayai, ataupun pembulian akan bertambah teruk lagi terhadap mereka. Akhirnya mereka memilih berdiam diri dan memendam rasa, ada setengahnya sampai jadi gila.
Kesan pada mangsa akan berlanjutan sehinggalah ke usia dewasa. Mereka akan jadi sangat tertekan akibat trauma yang dahsyat. Diceritakan dalam banyak kisah, adanya yang mendapat sakit mental, malah melakukan aksi seperti mencederakan diri sendiri kerana tidak mampu tahan dengan kesan buli.
Ada yang membesar dewasa menjadi seorang yang lemah dan rendah diri akan diri sendiri.
Kebanyakan mangsa buli ini dilihat sebagai lelaki lembut atau manja. Kelembutan tidak menjadi satu kesalahan. Dalam era di mana anak-anak lelaki lebih rapat dengan ibu dan adik perempuan berbanding ayah mereka, menjadikan karakter anak-anak lelaki kita agak lembut tapi bukan pondan.
Pembuli yang melihat diri mereka superior atau gagah mahu mengajarkan sesuatu kepada mangsa yang lembut ini supaya menjadi lebih kelakian, kononnya.
Akhirnya, pembuli melakukan aksi yang tidak pernah kita fikirkan berlaku pun pada manusia yang normal. Contohnya perkara ini dapat dilihat pada kesan buli terhadap tubuh Nhaveen dan Zulfarhan. Like how on earth they have the ideas untuk buli dengan kaedah luar biasa kejamnya? Dalam video games atau movies ada ajar ke?
Bayangkan apa yang terjadi mangsa buli yang masih hidup di luar sana. Mereka yang suffer dan terseksa fizikal dan mental setiap hari berhadapan dengan pembuli ini.
Jika anda ada adik lelaki dan anak lelaki, cuba tengok bahagian anggota badan mereka. Periksa, ada tak kesan buli secara fizikal pada mereka. Periksa sama ada mereka menjadi emotional depress dengan keadaan yang ada ini. Jangan malu untuk membantu mereka.
Kesan buli secara verbal pula tentulah menjadikan mangsa pendiam, withdrawn dan akhirnya depression. Ada mangsa yang saya kenal menjadi bulimia dan severe depression akibat buli ini.
Kesan yang saya rasa sangat menakutkan adalah apabila mangsa buli ini tidak mampu membina hubungan rumah tangga yang baik dengan isteri. Sama ada merasa rendah diri yang melampau akibat teringatkan trauma dan buli terhadap kemaluan mereka sendiri. Kebanyakan mangsa buli dari kalangan pesakit dan rakan saya sendiri, dalam separuh dari mereka mesti ada pengalaman dibuli melalui anggota sulit mereka.
Paling sedihnya, mereka yang pernah diliwat, di’harass’ kemaluan mereka akhirnya menjadi gay kerana pengalaman ini ( waliyazubillah). Kisah ini real, cuma jarang diceritakan sahaja.
Kita perlu peka akan pengaduan anak-anak dan adik-adik kita ini. Kita perlu reach out pada mereka. Perlu jelaskan bahawa kita ada untuk membantu mereka. Keluarkan mereka secepatnya dari situasi buli ini. Kerap bertemu dan terbuka untuk mendengar suara hati mereka. Selamatkan mereka sebelum terlambat.
Untuk adik-adik mangsa buli, reach out kepada mereka yang boleh bantu. It’s ok to have this problem and by telling other people, it doesn’t make you weak at all. We are together in helping all of you.
2) Pembuli.
Saya tidak pernah melihat pembuli ini bahagia. Mereka pasti akan ditimpa hukuman di dunia sama ada di mahkamah, atau dalam kehidupan mereka yang akan miserable sekali.
Benar ada pembuli yang mengikut rakan-rakannya. Ada yang berada di tempat kejadian dan terpengaruh. Tapi, silap langkah, akhirnya serba salah yang menghantui akan menganggu kehidupan pembuli ini sampai bila-bila.
Kasihannya barangkali pembuli ini ada masalah tekanan yang begitu dahsyat sekali sehingga mampu mengeluarkan amarahnya itu kepada orang lain. Barangkali mereka direndahkan oleh keluarga atau rakan-rakan sehingga mahu menunjukkan hero pada orang yang lemah. Atau barangkali perasaan mahu rasa dirinya mencapai sesuatu, maka bulilah caranya.
Jika adik-adik dan anak-anak kita memiliki trait pembuli ini (selalu nak menang, suka memukul, suka verbally abuse, suka mengejek), kita perlu reach pada mereka dan tunjuk akhlak yang sepatutnya. Kebanyakan pembuli sendiri datang dari broken family. Keluarga mereka sendiri caci mencaci. Atau turut membuli orang lain. Atau mereka sendiri dibuli oleh keluarga sendiri.
Mereka juga turut perlu dibantu. Jika anda adalah guru, rakan, kakak, abang ataupun ibu bapa yang perasan tingkah laku ini, jangan biarkan ia berterusan. Suburkan kasih sayang sesama mereka dan reach out pada mereka.
Cukuplah masyarakat kita rasa tertekan dengan masalah ekonomi. Makin kurang perhatian ibu bapa pada anak-anak menyebabkan permasalah ini menjadi meletup setelah begitu lama diperam di perut masyarakat. Barangkali ia menantikan berita kematian untuk kita sedar, betapa teruknya masalah ini setelah sekian lama menantikan penyelesaian bersepadu dari kita semua sebagai rakyat Malaysia.
Ini bukan soal akidah semata-mata, ini soal perikemanusian. Rasa belas kasihan dan kasih sayang sesama manusia menjadi luput akibat kita menjadi kurang peka terhadap perasaan sesama kita. Perhatian kita terhadap gajet dan sosial media menjadikan kita kurang bersemuka, kurang bersembang, kurang berkongsi perasaan dan kasih sayang. Seharusnya sebuah keluarga dan masyarakat mampu membina benteng kasih sayang yang utuh apabila sering berkomunikasi, menyatakan penghargaan dan membantu sesama insan.
Say no to bully! This must begin from ourselves!
Perkongsian dengan izin penulis asal, Muharikah