Kentut Depan Pasangan Buat Hubungan Lebih Bahagia

Kita selalu mengimpikan untuk nampak sempurna di hadapan pasangan kita. Tanpa kita sedar, pasangan kita juga perlu menerima kelemahan kita.

Sesetengah orang akan menganggap kentut merupakan perbuatan yang memalukan, menjijikkan dan takut jika pasangan terganggu. Sebenarnya, kentut di hadapan pasangan adalah rahsia atau kunci kebahagiaan dalam perhubungan! Jika anda berasa selesa untuk kentut di hadapan pasangan, ini bermakna anda tidak mempunyai perasaan malu dengan pasangan.

Kali ini kami kongsikan 3 sebab kenapa kentut depan pasangan mampu membuatkan hubungan menjadi lebih bahagia:

1. Menguji penerimaan pasangan

Joy Chia merupakan salah seorang pengkaji dari University of South Australia telah menyatakan bahawa kepercayaan merupakan komponen penting dalam perhubungan. Ketulusan itu sama seperti memahami apa jua keadaan pasangan. Jika pasangan anda kentut di hadapan anda, anggaplah ia satu bahan jenaka untuk lebih mengeratkan hubungan.

2. Kentut adalah perkara semula jadi manusia

Secantik mana pun seorang wanita itu dan sekacak mana pun lelaki itu, semua manusia akan mengalami proses pelepasan angin (kentut) kerana kentut adalah mekanisme alami tubuh yang menandakan bahawa metabolisma kita sihat. Jadi, janganlah berasa malu jika pasangan anda sendiri kentut di hadapan anda.

3. Mudah bergurau

Buang angin di depan pasangan akan membuatkan anda dan pasangan anda ketawa bersama. Lepas proses kentut selesai, meriahkan hubungan anda dengan ketawa bersama-sama. Tentu ia akan menjadi memori manis buat anda berdua.

Penulis

  • Nurul Nazurah Binti Azhar adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca