Kenderaan Jatuh Terjunam Adalah Perkara Biasa, Ini 5 Jalan Raya Paling Berbahaya Di Dunia

Masyarakat di Malaysia sangat bernasib baik kerana jalan raya yang disediakan selamat untuk dilalui. Kita tidak perlu meredah laluan-laluan maut. Berbeza dengan masyarakat di lima negara ini, mereka terpaksa bergantung kepada jalan-jalan berbahaya setiap hari dan jalan ini dikategorikan laluan paling kerap menyebabkan kematian.

Berikut kami kongsikan lima jalan raya paling berbahaya di dunia:

1. Jalan Yungas Utara, Bolivia

Jalan ini dikenali sebagai jalan maut dalam kalangan penduduk Yungas kerana dianggarkan seramai 200 hingga 300 pemandu maut setiap tahun.

Penduduk Yungas mengatakan adalah sesuatu yang normal untuk melihat kenderaan jatuh terjunam dari lereng bukit ini.

2. Jalan Jalalabad-Kabul, Afghanistan

Jalan sepanjang 65 kilometer ini menghubungkan wilayah Jalalabad dan Kabul. Jalan ini telah meragut banyak nyawa kerana laluannya yang sempit dan silang menyilang selain cara pemanduan berbahaya penduduk membuatkan perjalanan di sini sangat mencabar.

3. Lebuh raya James Dalton, Alaska

Lebuh raya ini bermula dari Elliott di utara wilayah Fairbanks dan berakhir di sebuah medan minyak di teluk Prudhoe berhampiran lautan Artik.

Jalan ini terletak di kawasan terpencil. Walaupun kelihatan tenang tetapi dipenuhi dengan lubang-lubang yang berbahaya dan batu kecil yang diterbangkan angin.

4. Lebuh raya Karakoram, Pakistan

Lebuh raya ini menghubungkan negara China dan Pakistan. Ia dikenali sebagai jalan persahabatan oleh kerajaan yang membinanya. Jalan ini merupakan jalan antarabangsa yang tertinggi yang pernah diturapkan.

Kekerapan tanah runtuh menyebabkan laluan ini disenaraikan paling berbahaya di dunia.

5. Terowong Guoliang, China

Terowong ini dibina sendiri oleh penduduk Guoliang kerana sebelum jalan ini dibina, perhubungan masyarakat di sini dengan dunia luar terputus.

Walaupun tidak banyak kenderaan yang menyelusuri jalan ini, ia sangat berbahaya untuk digunakan.

Selamat atau tidak, sentiasa berhati-hati di jalan raya dan memandu dengan cermat. Ingatlah orang tersayang yang sentiasa menanti anda.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca