“Kenapa Tak Tunggu 12 Mei?” PKPB Yang Diumumkan Ini Bikin Warganet Bimbang

Kerajaan telah mengumumkan pelan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bakal dilaksanakan pada 4 Mei ini.

Ini merupakan usaha untuk membenarkan pembukaan semula ekonomi di seluruh negara secara terkawal dan berhati-hati.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan pelaksanaan PKPB ini sebahagian besar kegiatan ekonomi dan sosial akan dibenarkan kecuali aktiviti melibatkan perhimpunan ramai dan boleh mendedahkan risiko kepada golongan tertentu.

Selain itu, difahamkan PKPB ini turut akan dikuat kuasakan di kawasan zon merah.

Keputusan kerajaan ini walau bagaimanapun telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang tidak yakin dengan pengumuman ini.

Malah, ada yang menimbulkan persoalan mengapa perlunya memberi kelonggaran kepada orang yang mahu bersenam seorang diri, main golf dan badminton.

Hal ini demikian kerana, warganet tidak yakin semua rakyat akan mematuhi langkah berjaga-jaga sewaktu diberikan kelonggaran seperti ini.

Rata-rata warganet bimbang hal yang terjadi di negara Jepun dan Kanada akan berlaku di negara Malaysia apabila majoriti rakyat dibenarkan untuk keluar pergi ke kerja memandangkan kes positif di Malaysia masih lagi tidak capai satu digit kes harian.

Apa-apa pun diharapkan keputusan yang dibuat oleh kerajaan sudah diteliti dengan baik dan rakyat Malaysia sentiasa mengamalkan normal baharu dan menjaga penjarakan sosial sewaktu di luar. Kini, ia bergantung kepada tanggungjawab diri sendiri untuk lindungi diri daripada dijangkiti COVID-19.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca